Entry: 44/44
Teks: Niyda
Foto: Google
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dengan izinnya dapat jua saya menyiapkan 44 entry untuk sessi latihan kelas asas menulis blog bersama kakakku yang budiman Kak Masayu Ahamd. Entry ringkas yang terhasil ini adalah hadiah saya buat pembaca bagi percubaan pertama saya menulis dalam blog. Semoga ianya memberi manfaat kepada kalian semua.
Foto: Google
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dengan izinnya dapat jua saya menyiapkan 44 entry untuk sessi latihan kelas asas menulis blog bersama kakakku yang budiman Kak Masayu Ahamd. Entry ringkas yang terhasil ini adalah hadiah saya buat pembaca bagi percubaan pertama saya menulis dalam blog. Semoga ianya memberi manfaat kepada kalian semua.
Banyak perkara yang saya belajar
sepanjang kelas ini berlangsung. Walaupun
kelas berlangsung hanya menggunakan group wassup dan FB group namun ianya
sangat membantu saya dalam menghasilkan blog yang ringkas ini. Memandu saya mana yang betul dan mana yang
salah. Rupanya banyak lagi perkara baru
yang harus saya belajar. Semoga diberi
peluang lagi untuk entry akan datang. Baiklah di sini saya titipkan
beberapa perkara yang saya belajar hasil dari kelas asas penulisan blog
ini. Semoga ianya menjadi inspirasi dan
panduan untuk kalian diluar juga.
MENULIS DARI HATI
Apa yang saya
pelajari sepanjang kelas ini ialah belajar menulis dari hati. Usah terikut-ikut dengan cara orang
lain. Bina konten sendiri walaupun idea
diperolehi dari orang lain. Cuba sampaikan dengan cara dan rasa kita sendiri. Setiap orang mempunyai kehidupan yang
tersendiri. Luahkannya dalam bentuk
penceritaan mengikut gaya cerita kita.
Insyaallah rasa itu akan sampai dan dekat dihati pembaca.
MENULIS DENGAN
BERCERITA
Dalam pada itu
juga saya banyak belajar dari Kak Masayu bagaimana menulis perlu dengan
memulakan dengan cerita. Cerita-cerita
yang kita garap, masukkan dalam permulaan konten. Gabungkan dengan idea yang kita tampilkan. Berikan kesegaran dengan nafas baru,
insyaallah ianya akan mudah sampai kepada hati pembaca kerana pembaca biasanya
akan suka kepada bentuk-bentuk cerita.
MENULIS
MENGGUNAKAN TAHAP KUALITI BAHASA
MALAYSIA
Selain dari itu
juga saya belajar bagaimana di dalam blog penggunaan Bahasa Melayu sepenuhnya
sangat penting. Ini demi meletakkan
penulisan di blog kita nampak cantik dan tersusun dari segi laras bahasa yang
digunakan. Ia juga mencerminkan
keprihatinan penulis dalam menggarap isi dan bahan yang ingin disampaikan
secara berhemah dan berhati-hati.
MENULIS PERLU
ADA PERANCANGAN BAHAN YANG TERSUSUN
Menulis juga
perlu ada perancangan. Dari pokok utama
konten supaya tajuk-tajuk yang ingin disampaikan kepada pembaca tidak lari dari
tajuk utama blog. Ianya memandu saya
supaya lebih menerokai tajuk-tajuk yang kecil pula di mana ianya lebih dekat
dengan hati pembaca.
MENULIS PERLU FOKUS
KEPADA TOPIK YANG YANG INGIN DIKEMBANGKAN
Menulis juga
perlukan fokus. Fokus dalam mencari topik-topik
yang berkaitan dengan tajuk asal blog.
Ia juga membantu kita mencari topik-topik yang dekat dihati
pembaca. Melalui statistik blog, saya
dapat mengenalpasti topik yang menjadi kegemaran pembaca. Di situ akan menjadi tanda aras untuk saya
mengembangkan lagi tajuk yang sering menjadi perhatian pembaca.
MENULIS PERLU
ADA GURU
Pada pendapat
saya menulis ini perlu ada guru. Berguru
dengan orang yang lebih pakar agar penulisan kita menjadi lebih baik, lebih
tersusun dan lebih dekat dihati pembaca.
Guru umpama jauhari. Gurulah yang
mengenali anak muridnya. Gurulah yang
akan memandu anak muridnya bagaimana untuk terus maju ke hadapan.
MENULIS TIDAK
PERLU TERPENGARUH DENGAN CARA ORANG LAIN
Bagi saya bab
ini yang paling penting. Menulis tidak
perlu terpengaruh dengan cara penulisan orang lain. Serlahkanlah penulisan kita dengan gaya dan
bahasa kita sendiri. Serlahkanlah dengan
cerita kita sendiri. Tidak perlu
terikut-ikut dengan orang lain. Di situ
akan membezakan kita dengan orang lain.
Jadikan diri anda seorang yang unik.
MENULIS PERLU
DENGAN HATI YANG LAPANG DAN TENANG
Akhir sekali,
sebagai penulis. Ambil masa untuk bertenang. Lapangkan fikiran. Jika letih atau penat, berehatlah
seketika. Hela nafas
panjang-panjang. Idea akan datang
mencurah-curah. Insyaallah. Mohonlah kepada Allah S.W.T agar diberikan
ketenangan hati. Semoga dengan asbab
tenangnya hati itu, dapatlah kita berkongsi pengalaman dan pembelajaran kita dengan pembaca.
Semoga Allah
S.W.T memberkati Kak Masayu dan kalian semua.
Didoakan berjumpa lagi di cacatan akan datang. Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 60
dan selamat menyambut Aildiladha.
Sekian, Salam sayang
dari saya.
Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment