Tahun Baru datang lagi.
10 hari telah berlalu.
Walaupun catatan ini agak lambat saya titipkan di blog ini namun rasanya masih belum terlambat untuk saya mencoretkan sesuatu yang tidak seberapa ini.
Ya, tahun 2018 ianya seakan memberi sinar dan semangat baru. Melihat perkembangan anak-anak buah terkini, saya memanjatkan syukur ke hadrat Allah S.W.T. Walaupun kebanyakannya dari kalangan pelajar slow leaner namun prestasi mereka lebih fokus dalam kelas itu yang memberi kepuasan kepada saya.
Sungguh letih dan jerih sentiasa bermain di kala kelas berjalan kerana pelajar sebegini memerlukan kawalan dan fokus yang lebih berbanding pelajar kategori "laju". Kepada Allah S.W.T juga saya memohon agar dipermudahkan anak-anak kategori ini untuk berjaya sama seperti orang lain. Bukan sanjungan yang didambakan tetapi cukup untuk melihat peningkatan prestasi anak-anak yang ketinggalan dalam pelajaran ini terus maju ke hadapan.
Kepada ibu bapa, teruskan memberi sokongan tanpa henti untuk anak-anak ini. Fokus saya kini adalah untuk melihat semua anak-anak Malaysia mampu meraih kejayaan sama rata kerana kejayaana itu milik semua insan yang tidak mengenal erti putus asa. Berbekalkan kegigihan, insyaallah saya melihat dunia anak-anak ini cerah secerah mentari di pagi hari. Mengharumlah kalian dipersada dunia dengan kekuatan dan kelebihan yang dimiliki.
Salam Sayang dari saya,
Catatan 11 hb Januari 2018
Comments
Post a Comment