Bertemu lagi untuk kesekian kalinya.
Entry kali ini lebih kepada untuk mengingati kembali bagaimana cara belajar berkesan untuk anak-anak kecil kita di rumah.
Cuba imbas kembali bagaimana cara belajar anak-anak. Adakah tersusun tertib mengikut jadual. Walaupun peperiksaan jauh lagi nun di depan sana namun persediaan di awal tahun adalah satu langkah bijak. Ibu bapa yang bijak merancang jadual belajar anak akan dapat melihat perkembangan prestasi anak mereka yang konsisten sedari awal lagi. Jika tidak mahu anak stress belajar, cubalah mulakan dari awal bulan Januari lagi.
Mengapa saya berkata demikian?
Ya, Ini adalah kerana jika ibu ayah melihat silibus pelajaran anak pasti terkejut. Silibus masa kini agak padat dan berat. Oleh itu usah bermain dengan masa dengan menunggu waktu peperiksaan baru nak mula ulangkaji. Pengalaman saya bersama dengan anak-anak banyak mengajar saya bagaimana dapat menghabiskan ulangkaji dengan cara yang teratur tanpa tertekan. Zaman ini anak tertekan, ibu ayah apa lagi. Lebih lagi. Masing-masing mahu melihat prestasi cemerlang anak-anak di sekolah. Lebih-lebih lagi kini mereka di nilai dari 4 perkara yang dipanggil PPSR (Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah)
Akademik
PPSR
Pentaksiran Bilik Darjah untuk melihat penguasaan pembelajaran murid
PPSi
Kecenderungan minat anak dalam bidang seperti muzik,linguistik,logik matematik dan ruang visual seterusnya melihat kepada perkembangan sahsiah murid.
PAJSK
Pendidikan aktiviti jasmani,sukan dan kokurikulum.
Marilah sama-sama kita membantu anak-anak di rumah. Semoga dengan sedikit bantuan ibu ayah, ada sedikit sinar untuk anak-anak kita. Insyaallah.Man jadda wajada.
Comments
Post a Comment