Friday, 12 January 2018

PELUANG KERJAYA SEBAGAI GURU PERSONAL HOME TUITION PRA SEKOLAH

Bagi graduan atau suri rumah yang mempunyai diploma atau ijazah dan berminat untuk menjadi guru personel home tuition pra sekolah boleh emailkan resume beserta transkrip diploma atau ijazah. Jangan lupa salinan sijil SPM anda juga ke alamat email saya chehasnidahamid@gmail.com.

Antara kriteria yang perlu ada ialah:

  •  Mempunyai kenderaan sendiri 
  • Mempunyai semangat dan daya juang yang tinggi.
  • Boleh bekerja dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi.
  • Part time atau full time.

PERSONAL HOME TUITION PRA SEKOLAH

Mencari guru  personel home tuition pra sekolah di rumah anda?

Boleh hubungi saya melalui wassup saya 01125452156.

Dibuka hanya untuk kawasan Benta,Raub,Bentong,Kuala Lipis dan Sungai Koyan.

LEMBARAN KERJA BAHASA MELAYU PRA SEKOLAH


Teks:Niyda
Foto: Niyda
Malam ni semua tidur awal. Makanya tak dapat nak lelapkan mata. Tahun ni saya berazam mahu urus dan guna masa sebaiknya. Biarpun bekerja hanya dari rumah sahaja tapi kata sifu Masayu Ahmad, masa harus di urus dengan baik. Alhamdulillah. Fokus ye fokus.

Malam ni saya ingin berkongsi tentang buku lembaran kerja Bahasa Melayu untuk pra sekolah. Jenama yang paling mudah dan senang untuk anak-anak pastinya Fargoes pilihan saya.

Buku ini sangat praktikal digunakan untuk ibu-ibu di rumah. Konsep bukunya yang ringkas,mudah difahami, tersusun, berwarna-warni sangat senang untuk anak-anak di rumah menggunakannya.

Untuk edisi 2018 disertakan juga buku bonus. Buku ini disemak oleh guru-guru cemerlang pra sekolah. Harganya pun tidak mahal. RM 4.20 sahaja. Jadi ianya mampu milik orang kata.

Antara lain yang bagusnya buku ini ialah ia mempunyai silibus KBAT yang mana mengikut sukatan terbaru. Bersesuaian dengan Kemahiran Abad ke 21, buku lembaran ini mempunyai sukatan aktiviti yang baru untuk anak-anak. Antara tema dalam kandungan buku ini ialah:

  • Mari Menulis
  • Mahir Suku Kata
  • Bunyi Di Sekeliling Kita
  • Helo Semua
  • Badan Saya
  • Keluarga Yuna
  • Rumahku Syurgaku
  • Selamat Datang Ke Kelas Saya
Baiklah,cukup setakat ini sahaja dahulu untuk entry kali ini. Cabaran kalian sebagai ibu-ibu di rumah untuk tahun ini baru bermula. Panaskan enjin perlahan-lahan. Berikan ganjaran jika anak-anak sudah capai target membaca dengan lancar. Tak susah sangat sebenarnya  tapi tidaklah senang sangat. Mahu dengan tidak saja. Ya kan!

TESTIMONI PELAJAR 1

Teks: Niyda
Foto: Google

Hai semua. Ha hari ni nak kongsikan dengan anda semua testimoni pelajar UPSR yang telah menggunakan Apps Sasbadi Online yang di panggil Ilearnace ni.
Dah ramai sebenarnya yang telah berjaya mencapai keputusan yang cemerlang hasil dari penggunaan Ilearnace ni. Macam tak percaya aje kan. Main tab, main fon tanpa internet pun boleh guna apps dia ni...Memang seronoklah!!! Mak-mak pun tak stress. Ha tapi ada tapinya. Kontrol tetap kena kontrol penggunaan telefon ni. Takut nanti bila mak-mak semua hilang sekejap dari radar...Habis dibuka apps yang lain. Maklumlah sekarang ni macam-macam apps ada.

Berikut saya bawakan testimoni pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang. Mereka ini antaranya dari sekolah SMK Saujana Impian, SK Wira,Pahang,SJKC On Pong dari Selangor dan SMK Pandan Indah.

Okey! Seronokkan tengok anak-anak ni cemerlang!
Nanti kalau nak ambil pakej Ilearnace ini untuk anak di rumah, boleh hubungi saya ya!
Wassup pun boleh.
01125452156

EBOOK ANAK SERONOK BELAJAR

Teks:Niyda
Foto:Niyda

Sudah Terbit!


Sudah lama saya mahu keluarkan ebook saya iaitu Anak Seronok Belajar. Hampir dua bulan juga saya peram. Ambil masa untuk bertenang dengan persediaan peperiksaan anak-anak dan cuti sekolah yang telah berlalu.

Kini saya tampilkan di blog saya sebagai koleksi pertama. Ianya ibarat puteri sulung saya yang baru lahir. 

Pelbagai kisah menarik istimewanya bagaimana saya membantu anak-anak di rumah dengan cara merangsang anak seronok belajar melalui beberapa cara mudah dan berkesan.

Ya! bukan susah sebenarnya untuk bantu mereka untuk seronok belajar. Hanya perlukan sedikit kreativiti anda. Tak lupa juga saya titipkan bagaimana kaedah belajar yang berkesan,tips peperiksaan dan cara tuisyen online terkini untuk sekolah rendah. Semoga ianya menjadi wadah untuk ibu ayah lebih  cakna tentang pelajaran anak-anak di rumah.

Mudah saja untuk kalian semua memiliki ebook ini. Apa yang penting kalian ada email, ada facebook (messenger) dan Whatsapp. Ia adalah medium yang akan digunakan untuk komunikasi.

Baiklah, berikut adalah beberapa langkah bagaimana untuk mendapat ebook saya.

7 langkah mudah dapatkan ebook Anak Seronok Belajar

1.  Bank-in / Transfer RM20 sahaja ke akaun Che Hasnida Hamid (Maybank: 156244006937)

2.  Tulis Ebook ASB di ruangan tujuan pembayaran

3.  Tulis email chehasnidahamid@gmail.com di ruangan email penerima.

4.  Bukti pembayaran adalah setelah saya menerima bayaran penuh.

5.  Maklumkan tentang pembayaran kepada saya melalui Whatsapp (01125452156) /  Messenger (fb Niyda Benta)

6.  Tempahan akan diproses dalam masa 24 jam

7.  Bukti pembelian adalah setelah anda menerima edisi penuh pdf Anak Seronok Belajar.  Sila maklumkan melalui email atau medium komunikasi yang lain.

 Dapatkan ebook saya sekarang!
Saya tunggu tau...

Thursday, 11 January 2018

BUKU RUJUKAN BACALAH ANAKKU UNTUK PRA SEKOLAH

Salam sayang untuk kalian.

Hari ini kita berbicara sedikit tentang antara buku rujukan yang top untuk anak-anak pra sekolah. Ianya amat mudah dan senang digunakan oleh ibu bapa di rumah.

Siri Cepat Membaca yang digarap oleh Puan Nik Eliani Nik Nawi ini boleh didapati di kedai-kedai buku yang berdekatan. Harganya mampu milik. Didatangkan dengan 8 buah buku untuk setiap set dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Saya amat yakin dengan penggunaan buku ini anak-anak di rumah mampu membaca dengan lebih baik seawal usia 4 tahun. Bukunya pun tidak tebal dan senang untuk di bawa ke mana-mana. Penggunaan suku kata yang berwarna warni mampu menarik perhatian anak-anak kecil kita.

Sesungguhnya usaha dan kerja keras ibu bapa di rumah amat diperlukan dalam membantu anak-anak cepat membaca. Usah mengharap 100 peratus guru di sekolah saja. Ianya tidak cukup. Penglibatan ibu bapa di rumah amat diperlukan dalam usaha  memberi didikan di rumah.

Sikap sabar juga amat penting.Ia kan anak-anak kecil ini banyak kerenahnya. Itu harga yang perlu ibu ayah perlu beli. Sekiranya berkemampuan  boleh sahaja memilih guru personel tuisyen untuk datang ke rumah agar dapat membantu anak anda di rumah.

Sekiranya ada yang berminat boleh hubungi saya ditalian 01125452156 untuk maklumat lanjut tentang kelas personel ini. Namun untuk setakat ini saya menawarkan kelas area Raub,Benta,Kuala Lipis dan Bentong sahaja.

Sekian saja entry untuk kali ini. Semoga ianya bermanfaat untuk kalian semua. Jumpa lagi dan salam sayang dari saya.

JAGA KESIHATAN

Hari ini sedikit terkesan. Anak saya Widaad tahun 5 tak hadir ke sekolah. Batuk dan lelah. Entah kenapa. Semalam makan banyak sangat durian Musang King. Hari ni saya dan suami tak benarkan ke sekolah. Minta rehat sahaja di rumah.

Namun yang sentap kat dada ummi bila anak cakap nak datang sekolah juga sebab tahun ni nak skor kehadiran penuh. Mahu pergi kelas Bahasa Melayu dulu kemudian baru minta dengan cikgu nak balik ke rumah. Sempat lagi panjang akal anak ummi ni...Alahai anak.

Apa pun semoga cepat sembuh anak ummi.

Untuk anak-anak yang lain jaga kesihatan. Musim hujan ni demam,selsema dan batuk silih berganti. Terlepas kelas sangat merugikan.

 Menuntut ilmu harus berguru.Terus berdepan dengan guru itu adalah paling bagus. Mudah faham. Tak faham boleh bertanya terus. 

Jangan disimpan esok dan esok. Cikgu suka sangat kalau anak murid suka bertanya. Lagi cepat pandai. Lagi cepat faham. 

Okey jumpa lagi nanti. Jaga kesihatan ye!

Wednesday, 10 January 2018

LATIH TUBI DALAM PELAJARAN

Bertemu lagi untuk kesekian kalinya.

Entry kali ini lebih kepada untuk mengingati kembali bagaimana cara belajar berkesan untuk anak-anak kecil kita di rumah.

Cuba imbas kembali bagaimana cara belajar anak-anak. Adakah tersusun tertib mengikut jadual. Walaupun peperiksaan jauh lagi nun di depan sana namun persediaan di awal tahun adalah satu langkah bijak. Ibu bapa yang bijak merancang jadual belajar anak akan dapat melihat perkembangan prestasi anak mereka yang konsisten sedari awal lagi. Jika tidak mahu anak stress belajar, cubalah mulakan dari awal bulan Januari lagi.

Mengapa saya berkata demikian?
Ya, Ini adalah kerana jika ibu ayah melihat silibus pelajaran anak pasti terkejut. Silibus masa kini agak padat dan berat. Oleh itu usah bermain dengan masa dengan menunggu waktu peperiksaan baru nak mula ulangkaji. Pengalaman saya bersama dengan anak-anak banyak mengajar saya bagaimana dapat menghabiskan ulangkaji dengan cara yang teratur tanpa tertekan. Zaman ini anak tertekan, ibu ayah apa lagi. Lebih lagi. Masing-masing mahu melihat prestasi cemerlang anak-anak di sekolah. Lebih-lebih  lagi kini mereka di nilai dari 4 perkara yang dipanggil PPSR (Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah)

Akademik

PPSR
Pentaksiran Bilik Darjah untuk melihat penguasaan pembelajaran murid

PPSi
Kecenderungan minat anak dalam bidang seperti muzik,linguistik,logik matematik dan ruang visual seterusnya melihat kepada perkembangan sahsiah murid.

PAJSK
Pendidikan aktiviti jasmani,sukan dan kokurikulum.

Marilah sama-sama kita membantu anak-anak di rumah. Semoga dengan sedikit bantuan ibu ayah, ada sedikit sinar untuk anak-anak kita. Insyaallah.Man jadda wajada.

SELAMAT DATANG 2018

 Tahun Baru datang lagi.
10 hari telah berlalu.
 Walaupun catatan ini agak lambat saya titipkan di blog ini namun rasanya masih belum terlambat untuk saya mencoretkan sesuatu yang tidak seberapa ini.

Ya, tahun 2018 ianya seakan memberi sinar dan semangat baru. Melihat perkembangan anak-anak buah terkini, saya memanjatkan syukur ke hadrat Allah S.W.T.  Walaupun kebanyakannya dari kalangan pelajar slow leaner namun prestasi mereka lebih fokus dalam kelas itu yang memberi kepuasan kepada saya.

Sungguh letih dan jerih sentiasa bermain di kala kelas berjalan kerana pelajar sebegini memerlukan kawalan dan fokus yang lebih berbanding pelajar kategori "laju". Kepada Allah S.W.T juga saya memohon agar dipermudahkan anak-anak kategori ini untuk berjaya sama seperti orang lain. Bukan sanjungan yang didambakan tetapi cukup untuk melihat peningkatan prestasi anak-anak yang ketinggalan dalam pelajaran ini terus maju ke hadapan.

Kepada ibu bapa, teruskan memberi sokongan tanpa henti untuk anak-anak ini. Fokus saya kini adalah untuk melihat semua anak-anak Malaysia mampu meraih kejayaan sama rata kerana kejayaana itu milik semua insan yang tidak mengenal erti putus asa. Berbekalkan kegigihan, insyaallah saya melihat dunia anak-anak ini cerah secerah mentari di pagi hari. Mengharumlah kalian dipersada dunia dengan kekuatan dan kelebihan yang dimiliki.

Salam Sayang dari saya,

Catatan 11 hb Januari 2018

Pembayaran Kelas Membaca Bahasa Melayu Online One To One  https://niydztotstrainingconsultancy.onpay.my/order/form/2 Pembayaran Kelas Membac...