52/100
Teks:Niyda
Foto:
Koleksi peribadi
Entry
kali ini sebenarnya sambungan dari entry sebelum ini. Masih lagi dalam bab Pemahaman petikan tidak berformat
Bahasa Melayu darjah 4. Orang duduk sibuk-sibuk
tentang KBAT. Kat sini hari ini saya
cerita tentang bab KBAT ini pula.
Jawapan bagi soalan sebegini tidak dapat ditemukan secara terus dalam
petikan. Ianya memerlukan penelitian
yang kritis dari anak-anak kita. Jadi ajarkan anak-anak kita atau biasakan
dengan soalan-soalan berbentuk KBAT ini.
Alah bias tegal biasa. Insyaallah
lama-lama KBAT ini petik jari sahaja.
Amin…
Berikut saya kongsikan
contoh 1:
Pada cuti sekolah yang
lalu, Izam telah berkunjung ke rumah sahabat penanya disebuah perkampungan
nelayan. Bapa rakan Izam itu
nelayan. Setiap hari, beliau akan turun ke laut untuk menagkap ikan bagi menyara
keluarganya.
Berdasarkan petikan, bapa
rakan Izam merupakan bapa yang…..
A bertolak ansur
B Berbudi bahasa
C Bertanggungjawab
D Berpendirian yang teguh
Jawapan adalah C
Contoh 2
Malam itu, Izam tidak
dapat tidur dengan lena. Badannya
berpeluh kerana keadaan agak panas. Izam
bangun lantas membuka jendela. Bayu laut yang berhembus sepoi-sepoi bahasa
terasa amat dingin dan menyegarkan.
Contoh soalan:
Rumah rakan Izam mungkin
terletak di….
A atas bukit
B Tebing sungai
C Pinggir hutan
D Kawasan pantai
Jawapan: D
Contoh 3:
Tiba-tiba, Izam terpandang
sesuatu yang mencurigakan. Dua orang lelaki sedang terhendap-hendap di
luar rumah. Jantung Izam berdegup
kencang. Cepat-cepat dia mengejutkan
rakannya yang sedang nyenyak tidur.
Soalan:
Izam mengesyaki niat buruk
dua orang lelaki itu berdasarkan…
A Pakaian mereka
B Paras rupa mereka
C Tingkah laku mereka
D Gaya percakapan mereka.
Jawapan: C
Berdasarkan kepada
soalan-soalan sebegini dapatlah disimpulkan bahawa soalan KBAT memerlukan
anak-anak kita menguasai sepenuhnya simpulan bahasa, peribahasa, kata sifat dan
kata nama. Ingat ye, jika mereka
menguasai yang asas ini, maka tiadaa masalah untuk mereka menguasai KBAT. Permasalahannya di sekolah sahaja tidak cukup
ibu-ibu. Mereka memerlukan latih tubi di
rumah juga.
Maka dengan itu saya
berpendapat aplikasi ilearnace mampu menangani permasalahan ini. Dengan aplikasi ilearnace yang berwarna warni
dari segi bentuk, tulisan dan gambar ia mampu menarik minat anak-anak kita
untuk belajar dengan seronok tanpa tekanan dan bebanan. Ingat ye otak sukakan warna.
Jika dilihat buku-buku
latihan yang ada di pasaran sekarang ini adalah bentuk hitam putih. Mustahil pihak syarikat nak buat soalan dalam
bentuk warna warni kerana ianya menelan kos yang tinggi. Jadi Ilearnace adalah solusinya.
Teknologi moden kini sudah
ada. Ianya semudah memetik jari. Ibu-ibu tidak perlu lagi memantau latihan
anak-anak secara 100 peratus. Cukup
dengan memastikan anak pegang tab dan buat soalan ilearnace. Sistem akan semak secara automatik. Sangat cepat, mudah dan berkesan kerana ia
sangat interaktif walalupun tanpa wifi dan internet.
Baiklah, cukup setakat ini
sahaja dahulu perkongsian saya untuk kali ini.
Lain kali kita berjumpa lagi ye.
Bye.
No comments:
Post a Comment