51/100
Teks: Niyda
Hari
ini 11 hb September 2017. Peperiksaan
UPSR untuk pelajar-pelajar darjah enam sedang berlangsung. Saya tidak mempunyai anak darjah enam tahun ini. Kakak Widaad baru darjah 4 tahun ini. Namun melihat rakan-rakan facebook yang
mempunyai anak darjah enam, berdebar-debar pula rasa jantung ini. Minggu lepas di sekolah guru-guru giat membuat latih tubi.
Mini asrama untuk UPSR sampai jam 10 malam saya difahamkan program ini berjalan. Semoga anak-anak UPSR ini dapat menjawab soalan dengan tenang dengan peperiksaan tahun ini. Insyaallah, jika usaha sebaiknya pasti ada hasilnya.
Di
entry kali ini saya akan kongsikan tips-tips yang telah disedia oleh
aplikasi Ilearnace. Sebenarnya hanya yang berdaftar sahaja yang
dapat info ini. Namun sengaja saya
kongsikan di sini untuk manfaat bersama.
Untuk yang berminat untuk mendapatkan soalan, jawapan dan nota lengkap
beserta tips UPSR boleh hubungi saya selepas ini. Aplikasi ini boleh dilanggan dengan bayaran
RM 350.00 setahun. Kalau dikira RM 30.00
untuk sebulan. Berbaloi-baloi.
Baiklah
ini dia tips yang saya maksudkan itu:
TIPS 1
Baca arahan dan petikan yang
diberikan dengan teliti. Baca
keseluruhan petikan, ayat demi ayat dan perenggan demi perenggan.
TIPS 2
Baca soalan serta semua
jawapan pilihan yang dikemukakan. Garis
bahagian petikan yang ada kaitannya dengan jawapan.
TIPS 3
Pilih jawapan yang
benar-benar menepati kehendak soalan.
Berhati-hati dengan soalan “kecuali”,”bukan” dan “tidak benar kerana
kamu akan terkeliru dengan soalan itu
TIPS 4
Jangan habiskan masa terlalu lama untuk satu-satu soalan
kerana hal tersebut akan menjejaskan masa kamu untuk menjawab soalan-soalan
yang lain. Potong pilihan yang paling
tidak menepati kehendak soalan.
TIPS 5
Bagi soalan mencari erti kata atau maksud rangkai kata,
pilih jawapan yang paling sesuai dengan konteks ayat dalam petikan. Bagi soalan yang jawapnnya tersirat, kamu
perlu berfikir untuk mendapatkan jawapan paling tepat.
Begitulah
ibu-ibu sedikit tips yang dapat saya kongsikan di sini. Semoga sedikit sebanyak ianya bermafaat untuk
kita bersama. Kongsikan kepada
rakan-rakan yang lain seandainya ia memberi faedah kepada orang lain.
Tips-tips
ini ibu-ibu boleh dapati di laman sesawang www.ilearnace.com
atau aplikasi ilearnace. Namun hanya
yang mendaftar secara sah sahaja yang dapat mengakses aplikasi ini secara
penuh. Untuk soalan dan nota pendek bagi
tempoh percubaan selama seminggu secara percuma anda bolehlah terus ke laman
tersebut. Masukkan nama dan kata kunci
di situ. Ia mungkin sedikit sahaja yang
diberikan disitu. Namun sekiranya
ibu-ibu berminat untuk akses soalan dan nota penuh bolehlah mendaftar sebagai
pengguna berbayar. Aksess boleh
digunakan semasa ada internet atau tiada internet. Menarik bukan? Hahaha saya sudah cuba.
Alhamdulillah
saya lihat ada peningkatan untuk anak saya.
Dari markah 40 untuk soalan Bahasa Inggeris Pemahaman, sekarang sudah
meningkat kepada 70. Saya tak sabar nak
tunggu peperiksaan akhir tahun nanti.
Iyelah nak tengok keputusan anak dengan asbab guna aplikasi ini.
Banyak
lagi yang akan saya kongsikan nanti berkenaan aplikasi ilearnace ini. Psssst nota-nota yang saya beri di blog ini
dan di facebook saya www.facebook.com/niydabenta jangan lupa ye simpan. Belum ada orang lain kongsikan tau
sebagaimana saya buat kerana untuk download aplikasi ini harus berbayar tapi
saya beri percuma sahaja di sini. Jadi
satu bonuslah untuk kalian semua yang baca blog saya ni…Oklah sekian sahaja
entry untuk kali ini. Jumpa lagi nanti.
Bye!
Niyda
01125452156
No comments:
Post a Comment