DAFTAR TUISYEN ONLINE ILEARNACE
Boleh hubungi saya ditalian 01125452156 untuk pendaftaran.TQ
Thursday, 28 September 2017
PAKEJ ILEARNACE
Terdapat 3 Pakej yang disediakan :
1. Pakej Pelajar 180
2. Pakej Pelajar 365
3. Pakej Guru 365
3. Pakej Guru 365
PAKEJ PELAJAR 180
PAKEJ PELAJAR 365
PAKEJ GURU 365
FAKTA MENARIK ILEARNACE
- RM1 sehari untuk membantu anak meningkatkan prestasi pembelajaran mereka.
- Didatangkan dengan FREE TRIAL selama 7 hari, anak anda boleh melihat dan merasai sendiri software tersebut.
- Sekolah Menengah dan juga pelajar-pelajar Sekolah Rendah
- 100% mengandungi silibus terkini mengikut Kementerian Pendidikan Malaysia
- OFFLINE dan ONLINE
- Laporan prestasi anak dihantar melalui emel kepada ibu bapa
- Boleh membina Peta Minda dan boleh dicetak sebagai rujukan
- Sistem pembelajaran yang interaktif, menyeronokan untuk belajar
- Pemantauan secara terus dari ibubapa. - anak pergi sekolah/tuisyen, ibubapa akan dapat perkembangan pembelajaran melalui exam pada peringkat sekolah(bulan 3,pertengahan tahun,bulan 8/9, dan peperiksaan hujung tahun). Dengan ILEARNACE, result latih tubi yang dibuat akan di email kepada ibubapa.
- Ibubapa dapat mengenalpasti kelemahan pembelajaran anak melalui keputusan yang di email secara terperinci.
- Pembelajaran menggunakan sistem ILEARNACE tidak perlu lagi membeli buku rujukan dan buku latih tubi. Sudah menjimatkan perbelanjaan.
- Pelbagai soalan terkini selaras dengan perkembangan pendidikan di malaysia.
- Pembelajaran berlaku dimana-mana sahaja walaupun tiada sambungan internet kerana ulangkaji boleh dilakukan secara offline (download aplikasi dari playstore)
- Tidak perlu lagi membeli buku latih tubi.
- Membantu anak/pelajar membuat ulangkaji dengan lebih mudah dan cepat. Hanya klik di hujung jari.
APA ITU ILEARNACE?
📘Platform Pembelajaran Digital Bersepadu dipasarkan oleh MindTech Education Sdn Bhd (Anak Syarikat Milik Penuh Kumpulan Sasbadi) (www.mindtechedu.com).
📗100% Siilibus Sekolah Kebangsaan KSSR / KBSM / KSSM dan PBS
📙Ulangkaji bukan saja dapat dijalankan secara online tetapi secara offline dgn Aplikasi Mudah Alih i-Learn Ace.
📔Interaksi antara akaun Murid, Guru dan IbuBapa dapat dicapai dengan cekap menggunakan satu platform pendidikan yg sama.
📚Menyediakan penilaian yg amat komprehensif. Praktis Objektif, Praktis Subjektif, Tugasan, Lembaran Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), Ujian Lisan dan Kertas Percubaan UPSR/PT3/SPM.
📓Harga pakej yg amat berpatutan dengan kadar kurang daripada RM1 sehari.
📚Isi kandungan soalan dan nota dimuatnaik oleh Sasbadi Online Sdn Bhd.
DINAMIK, CANGGIH, MENYERONOKKAN, LEBIH BERKESAN
Produk unggul daripada jenama pendidikan yg diyakini generasi ke generasi.
I-Learn Ace mengandungi:
📚Fungsi Nota
📚Fungsi Kemajuan
📚Fungsi Video Tutorial
📚Fungsi Mind Map
📚Fungsi Ganjaran
📚Fungsi Aplikasi Mudah Alih
📚Fungsi Penilaian
📚Fungsi Kamus
📚Fungsi Tugasan
FUNGSI ILEARNACE
68/100
📚 Fungsi Nota
1. Mengandungi nota padat yang menepati topik subjek oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
2. Guru iLA boleh memberikan anak kita nota tambahan bergantung kepada tahap kefahaman sesetiap topik
📚 Fungsi Sticky note
Selalunya kita lihat banyak sticky note ditampalkan di nota-nota atau di meja bacaan anak. Fungsi ini juga ada dalam iLA
1. Murid boleh mencatat nota pendek sebagai panduan ketika membaca nota. Ia boleh dalam bentuk teks, imej dan video
2. Guru juga boleh menggunakan sticky note ini sama seperti murid malah yang HEBATNYA guru boleh kongsi sticky note kepada murid dalam kelas mayanya!
📚 Fungsi Mind Map
1. Kaedah belajar bermula dengan membaca nota. Tujuan membaca adalah untuk kita memahami apa yang kita baca. Melalui portal ini, anak-anak boleh berkongsi kefahaman mereka dengan membina peta minda dan boleh juga berkongsi bersama komuniti pelajar iLA
2. Guru iLA juga boleh memberi tugasan peta minda kepada murid iLA melalui kelas maya masing-masing bagi mengukur tahap kefahaman mereka
📚 Fungsi Penilaian
1. Penilaian digunakan untuk menguji kefahaman pelajar. Terdapat penilaian objektif, subjektif, pentaksiran, ujian lisan dan teristimewa kertas ujian yang akan dikeluarkan 2 bulan sekali bagi memberi suasana peperiksaan sebenar
2. Guru iLA dan ibubapa juga boleh memberi penilaian tambahan. Setakat ini ibubapa boleh memberi penilaian objektif dan subjektif kepada anak masing-masing dengan hanya beberapa klik sahaja
📚 Fungsi Kemajuan
1. Sudah pasti sesibuk manapun kita dengan kehidupan seharian, kita sentiasa memikirkan perkembangan prestasi pendidikan anak. Dengan portal iLA kita dapat laporan kemajuan pendidikan anak bukan sehari sekali malah boleh selang 10 minit sekali sekiranya anak kita membuat penilaian kendiri
2. Ibubapa mendapat laporan prestasi melalui dua cara iaitu melalui portal iLA dan juga email sejurus selepas anak anda klik butang hantar/submit!
3. Tiada laporan prestasi sampai kepada anda melalui email bererti anak anda tidak mengulangkaji pelajaran melalui portal ini
📚 Fungsi Video Tutorial
1. Berfungsi untuk subjek kritikal dan topik kritikal terutama bagi tingkatan 4 dan 5.
2. Video tutorial dibimbing oleh Dr. Raj
📚 Fungsi Ganjaran
1. Setiap penilaian yang betul dilakukan oleh anak anda, mereka akan mendapat ganjaran berupa COIN. Dengan COIN inilah mereka boleh bermain permainan pendidikan. Setiap permainan akan di tolak COIN tersebut. Jadi untuk bermain mereka perlu mengumpulkan COIN sebanyak mungkin dengan cara melakukan latih tubi dalam penilaian. TIADA LATIH TUBI...TIADA PERMAINAN
2. Permainan ini sebagai ganjaran kepada usaha mereka melakukan latih tubi dalam penilaian objektif atau subjektif
📚 Fungsi Aplikasi Mudah Alih
1. Boleh diakses secara online dan TANPA menggunakan INTERNET di mana-mana sahaja anak anda berada. Di asrama...di dalam perjalanan.. dalam flight.. tepi sungai di kampung dan lain-lain
2. Nota dan penilaian tersedia untuk pakej UPSR dan PT3 manakala buat masa ini penilaian sahaja tersedia untuk SPM dan akan dikemaskini tanpa sebarang langganan tambahan
📚 Fungsi Kamus
Mengandungi lebih dari 50,000 entri BM - BI - BM. Mencari maksud sesuatu perkataan hanya beberapa saat sahaja tanpa perlu membelek kamus. MUDAH, CEPAT DAN SENANG
📚 Fungsi untuk guru
1. Guru di sekolah boleh gunakan nota sebagai sumber BBM semasa melaksanakan PdPc abad ke 21 dan juga boleh diaplikasikan dalam Frog Vle
2. Pernah guna smartboard atau interactive Whiteboard? WOW!! Kami ada juga... tak perlu pun beli smartboard puluhan ribu ringgit.. anda hanya perlu aktifkan fungsi Whiteboard dalam IlearnAce dan .... ZUPPP! ! Terus boleh guna
TIGA JENIS AKAUN DALAM ILEARNACE
67/100
💚 Apa itu " i-Learn Ace"?
i-Learn Ace ialah portal pengajaran dan pembelajaran interaktif online dan offline
💚 Syarikat mana yang bina portal i-Learn Ace?
i-Learn Ace dibangunkan oleh Sasbadi Online Sdn Bhd dan dipasarkan oleh Mindtech Education Sdn Bhd anak syarikat milik penuh penerbit buku pendidikan terbesar di Malaysia iaitu Sasbadi Holdings Berhad
💚 i-Learn Ace dibangunkan untuk siapa?
a) Untuk guru-guru SK, SJKC dan SMK
b) Murid sekolah bermula tahun 4 sehingga tingkatan 5
💚 Berapakah jenis akaun yang terdapat dalam portal i-Learn Ace?
-Tiga jenis akaun:
1. Akaun guru
2. Akaun murid
3. Akaun ibubapa (percuma bila langgan untuk anak)
Tuesday, 26 September 2017
FASA SIFIR
65/100
TEKS: Niyda
Hari ini setelah
menghantar nasi untuk makan tengahhari kakak Wani di sekolah, saya terus ke
Dewan Jerkoh. Khabarnya ada jualan baju
bundle di sana. Ramai kawan-kawan yang
bercerita banyak juga barangan seperti cadar, kain langsir, beg dan beberapa
barangan terpakai dijual di sana. Saya
sebenarnya bukanlah tertarik sangat dengan baju bundle ini walaupun dalam
kategori hidup sederhana dan cukup-cukup sahaja. Apa yang menjadi kerunsingan ialah apabila
memakai pakaian sebegini ditakuti akan terkena penyakit kulit seperti
gatal-gatal dan sebagainya. Dikhabarkan
barangan yang sampai itu dari Korea.
Untuk rakan-rakan diluar sana berhati-hatilah. Jangan sampai memudharatkan. Benar kita ingin berjimat cermat tapi jangan
sampai ianya memberi kesan negatif kepada kesihatan kita pula. Maklumlah macam-macam sekarang ini modus
operandi orang luar.
Baiklah untuk
catatan kali ini, suka nak kongsikan tentang fasa sifir yang perlu dikuasai
oleh anak-anak di rumah. Sekali tengok
macam mudah. Kacang je kan sifir
ni. Tapi hari ini semuanya banyak yang
sudah berubah ibu-ibu. Kalian yang ada
ijazah pun pasti pening bila melihat standard soalan matematik untuk UPSR.
FASA HAFALAN
Dalam menempuhi
fasa ini ianya paling kritikal bagi saya.
Sebut mudah tapi mahu menggerakkan anak-anak untuk menguasai hafalan
sifir agak perit. Pengalaman membantu
dan memantau Kakak Widaad sangat melucukan dan agak ekstrim sedikit. Pernah saya denda dia sampai 300 kali ketuk
ketampi sebab tak dapat hafal sifir dengan sempurna. Pernah juga saya rotan ditangannya. Semuanya menguji kesabaran saya. Dalam hati kasihan. Tapi kalau saya tak buat begitu, anak saya akan
main-main dengan bab sifir ini. Sifir yang paling susah sekali nak hafal ialah
sifir 7. Itu memang saya akui. Perlukan kesabaran yang tinggi untuk
mengingatinya. Ialah sifir 7 tidak ada rentak pola untuk buat pengecaman
berbanding dengan sifir 8 atau 9 contohnya. Akhirnya alhamdulillah anak saya
lulus dalam ujian sifir bersama saya.
Hahaha.:)
FASA LATIH TUBI
DALAM BENTUK LAZIM
Dalam menguasai
sifir, salah satu yang paling penting ialah latih tubi darab dalam bentuk
lazim. Ianya bermain dengan nombor 1
hinggalah nombor 12. Bagaimana mahu
meletakkan kedudukan nombor secara bersisi dari kanan ke kiri setelah hasil
darab dibuat. Bab ini ramai pelajar
lemah. Lemah sebab tak hafal sifir
dengan lancar maka akan berturutan pula lemah dengan bab latih tubi bentuk
lazim. Nasihat saya tak mengapa ibu-ibu
kertas banyak habis pun, asal saja anak-anak menjadi pakar dalam sifir
ini. Yang itu simpan dan semat dalam
hati kalian.
FASA
PENYELESAIAN MASALAH
Tips dari saya
untuk fasa ini, anak-anak perlu keluarkan data yang ada sebelum membuat jalan
penyelesaian masalah dalam bentuk darab ini.
Keluarkan satu persatu supaya semuanya jelas dan lebih terarah. Ia akan membuatkan anak-anak lebih mudah
untuk mengenalpasti langkah-langkah yang perlu dibuat satu demi satu.
FASA KBAT
Bab ini selalunya pelajar lemah. Apabila perkara yang asas tidak dapat dilunaskan maka mana mungkin mereka dapat menguasai soalan yang berbentuk KBAT. Soalan yang berbentuk KBAT memerlukan pemikiran yang kritis dan kreatif. Pelajar perlu memahami selok belok soalan yang banyak memerlukan kefahaman tentang asas. Soalan KBAT juga biasanya adalah di dalam luar kotak pemikiran. Saranan saya biasakan anak-anak kita dengan soalan yang asas dahulu. Kemahiran untuk menjawab soaloan KBAT dengan sendiri akan hadir apabila mereka telah menguasai soalan yang berbentuk asas.
CERITA TENTANG PELAJAR DAN SIFIR
64/100
Teks:Niyda
Pisang
galla. Ini sinonim dengan makanan orang
Kelantan. Saya tidak tahu nama pisang
ini disebut di negeri lain.
Alhamdulillah malam semalam dapat menikmati acar pisang galla di rumah
bapa mentua. Hasil belian dari biras
saya. Dapatlah merasa. Menggamit kenangan sekitar zaman 90an di mana
ketika itu masih di sekolah menengah di Kelantan. Enaknya masih terasa. Manisnya kenangan pun turut sama berlari-lari
dalam ruang lingkup sejarah cinta monyet.
Ha..Ha..simbolik bukan!
Nah hari ini nak
cerita tentang prestasi pelajar tuisyen saya.
Kelas hari ini seperti biasa.
Cikgu Ida saya tugaskan untuk membantu bahagian yang agak berat sikit
hari ini. Iaitu fokus kepada menilai
prestasi hafalan sifir setiap pelajar untuk tahap 1. Pelajar paling lemah dalam kelas Nafis. Pelajar ini saya kira mempunyai tahap
penguasaan yang sangat lemah dalam matematik.
Dari segi menangkap maklumat juga turut sama.
Pada peringkat
awal kelas dulu suka termenung dalam kelas dan agak pasif dalam membuat latihan
dalam kelas. Oleh kerana beliau dalam
kategori pelajar yang sangat lemah, saya fokus sedikit untuk beliau. Alhamdulillah, dengan bantuan Allah S.W.T
tabiat suka temenung dan lambat dalam membuat kerja telah dapat dikikis hampir
90%.
Sebenarnya bagi
saya ini adalah berkenaan dengan tabiat.
Tabiat di sekolah dan di rumah.
Apabila di dalam kelas guru tidak memberi penumpuan, maka dengan
mudahnya pelajar kategori sebegini mencari peluang untuk melakukan perkara-perkara
yang tidak berkaitan contohnya berbual-bual dengan rakan lain di sebelah dan
sebagainya. Pantang alpa sedikit. Maka panjanglah bualan mereka. Saya kira percubaan saya berhasil dengan
membuatkan pelajar cepat menyiapkan latihan maka ganjarannya mereka diberi
rehat yang lama sedikit berbanding dengan rakan-rakan yang lain dan bebas untuk
membuat aktiviti lain asal sahaja tidak menganggu rakan-rakan yang lain.
Begitu juga di
rumah. Ibu-ibu cuba berikan sedikit masa
lebih kurang 15 minit untuk memantau aktiviti dan latihan di dalam buku
anak-anak. Sekurang-kurangnya kalau
tidak tahu untuk mengajar, cukup sekadar menjadi peneman anak-anak di ketika
itu. Anak-anak perlukan sokongan dan
dokongan dari segi sokongan moral dan jiwa beserta mental yang kuat dalam menghadapi
cabaran hari ini. Ketirisan dalam
memberi sokongan moral ini akan memberikan lompong-lompong kepada anak-anak ini
untuk mudah menjadi lemah dan tidak dapat berdikari.
Dalam pada itu
untuk lebih mudah, saranan saya ibu-ibu boleh dapatkan aplikasi Ilearnace. Aplikasi ini memberikan keseronokkan kepada
para pelajar contohnya apabila selesai membuat latih tubi dalam pembelajaran
matematik contohnya, pelajar akan dapat ganjaran melalui permainan yang
disediakan. Sekurang-kurangnya ia
memberi batu loncatan kepada peningkatan motivasi para pelajar khasnya.
Untuk lebih mudah, ibu-ibu boleh serach www.ilearnace.com untuk mendapatkan
kemudahan akses secara percuma selama seminggu untuk penggunaan percubaan
tersebut. Setelah selesai mencuba maka
jika ibu-ibu berminat untuk mendapatkan akses selama satu tahun, ibu-ibu boleh
hubungi saya melalui email berikut: chehasnidahamid@gmail.com
. Semoga serba sedikit perkongsian pada
kali ini memberi inspirasi kepada semua ibu-ibu bagaimana untuk membantu
anak-anak mereka. Ingatlah sedikit bagi
ibu tapi besar ertinya untuk anak-anak.
Pegang erat kata-kata ini. Semoga
Allah memberkati kalian semua. Insyaallah. Amin
Wednesday, 20 September 2017
BEKAS PENSIL
63/100
Teks: Niyda
Seronok belajar dengan pensil. Bagi saya ia satu keperluan. Memang sudah ada kotak pensil di dalam beg
tetapi akan lebih senang jika ada bekas pensil di atas meja sendiri. Bekas pensil pula bermacam-macam warna dan
bermacam bentuk. Harapnya dapat
merangsang daya kreativiti anak-anak kita.
Bagi saya sendiri bekas pensil yang
tersedia ada saya tidak beli. Saya
menggunakan mug atau gelas besar yang biasanya suami saya dapat sebagai
cenderahati apabila pergi ke mana-mana program atau ceramah. Berderetlah di atas meja. Seronoknya bila terpandang bekas pensil
itu mulalah wujud idea-idea nak buat
sesuatu.
Bekas pensil ini ibu-ibu boleh
asingkan kepada beberapa bahagian.
Contohnya bekas pesil yang pertama hanya untuk marker atau highlight
atau untuk pen yang besar. Untuk bekas
pensil yang kedua pula boleh isi dengan set pemadam yang comel dan akhir sekali
bekas pensil yang ke tiga ibu-ibu boleh isi dengan pensil atau pen yang
kecil-kecil.
Ada juga tu opsss saya sendiri
sediakan pasu bunga kecil sebagai bekas pensil di bawah meja. Nak tahu tujuannya apa? Ha mesti nak gelakkan saya kan! Pasu itu saya guna untuk kumpulkan pen-pen
atau pensil atau pemadam yang saya jumpa di merata-rata tempat dalam
rumah. Biasalah apabila ada anak-anak
kecil mereka ni suka sangat letak merata-rata selepas guna alat tu. Maka sana sinilah jawabnya berterabur. Lalu saya beli satu pasu bunga saiz sederhana
dan saya letakkan di bawah meja supaya senang apabila saya menyapu dan terjumpa
alat-alat mereka itu, saya masukkan dulu dalam pas itu.
Ibu-ibu boleh buat ikut kreativiti
masing-masing. Mungkin ada yang beli
bakul khas. Maka boleh letak bawah meja
untuk persediaan mengumpul barang-barang anak ini tadi. Maklumlah musim gst ini
semua barang mahalkan. Jadi kena
pandai-pandai berjimatlah. Dulu main
sapu je…Malas punya pasal nak kutip balik.
Sekarang kena beringatlah.
MEJA BELAJAR ANAK-ANAK
62/100
Teks:Niyda
Foto: Google
Berpagi-pagi hari ini menyiapkan bekalan sekolah anak-anak. Sudah menjadi kebiasaan bagi saya menyiapkan makan tengah hari seawal mungkin. Anak-anak tidak akan pulang tengahhari kerana biasanya saya yang akan menghantar bekalan makanan tengahhari. Selepas menemankan mereka makan ,mereka akan terus ke kelas KAFA. Siap-siap baju Kafa dibawanya sekali pagi tadi.
Semalam juga saya berpeluang
mengintai-ngintai rak fail dan meja belajar anak-anak yang baru. Di rumah kami sudah ada dua buah meja. Namun fungsinya hanyalah untuk meletakkan
buku-buku anak mengikut sudut masing supaya tidak mudah berterabur dan
bercampur. Untuk sessi ulangkaji pula
biasanya kami akan duduk bersama di meja makan yang telah saya siapkan bersih
dan kemas semasa sessi ulangkaji. Ini
bagi memudahkan saya menyemak dan memantau aktiviti anak-anak.
Kadang-kadang anak-anak ini biasalah
suka sangat buat perkara yang diluar dugaan kita. Contohnya suka main gunting-gunting kertas
atau mewarna padahal waktu itu fokus untuk membuat latih tubi soalan. Jadi saya ambil keputusan jadikan meja makan
kami tempat untuk mereka mengulangkaji pelajaran dan dalam masa yang sama
mudahlah saya memantau aktiviti mereka.
Melihat kepada meja belajar anak-anak
tersebut, saya kira ianya sangat bagus.
Dengan warna dan reka letak meja tersebut sangat membantu merangsang
anak-anak untuk lebih semangat belajar.
Anak-anak yang ada sudut tersendiri di rumah akan lebih fokus dan
terarah. Bagus juga jika dilekatkan
catatan atau nota motivasi di hadapan meja belajar supaya kosentrasi anak untuk
belajar lebih mendalam.
Harga meja belajar yang saya lihat
tidaklah mahal. RM 250.00 pun sudah
dapat. Kira mampu milik orang kata. Ada yang saya lihat tu alas mejanya boleh
dilipat-lipat manakala raknya yang bertutup boleh memuatkan buku-buku rujukkan
anak-anak kita. Sangat sesuai untuk
anak-anak mempunyai ruang yang tersendiri.
Jika mempunyai kemampuan boleh saja dijadikan hadiah untuk anak-anak
atas kejayaan dalam peperiksaan mereka nanti.
Namun untuk ketika ini pakai sahaja
meja yang ada asal boleh. Tidak menjadi satu kesalahan bukan menggunakan meja
makan untuk belajar? Janji ibu-ibu kena
kreatif mencari idea bagaimana dapat bersama anak-anak dan dalam masa yang sama
dapat memantau sessi ulangkaji bersama mereka di rumah. Jika mempunyai jiran yang mempunyai anak yang
sama baya dengan anak-anak kita, ajak mereka bersama. Kadang-kadang anak-anak ini lebih seronok
belajar secara berkumpulan. Kita sebagai
ibu pun lebih berdisplin menjaga masa belajar mereka. Sebab apa? Sebab anak-anak jiran inilah yang
akan mendorong dan menolak anak-anak kita untuk lebih menepati masa dan
semangat belajar sebenarnya. Yang malas
pun akan menjadi rajin akhirnya. Yang
penting mereka dapat bersama-sama.
Selepas kelas tips dari saya berilah ganjaran seperti beri mereka makan
makanan yanga ada contohnya biskut dan seumpamanya sebagai kudap-kudapan petang
atau malam. Insyaallah bila mereka ada pasukan belajar, pembelajaran akan lebih
efektif kerana ia lebih interaktif.
Sekian dahulu untuk kali ini.
Jumpa lagi.
COP GURU
61/100
Teks: Niyda
Foto: Google
Bercerita tentang “teacher stamp” ini saya teringat zaman anak saya Si Wani bersekolah di sekolah pra dahulu. Cikgunya selalu gunakan teacher stamp ini apabila menanda buku aktivitinya. Apalagi seronoklah Si Wani ni bila dapat cop yang bertanda seperti bagus, usaha lagi,tahniah dan sebagainya. Kadang-kadang cikgu bagi tanda 3 bintang atau 4 bintang kalau apa yang Wani buat tu bagus. Kreatif sungguh cikgu Wani ni.
Ha nampak tak
kat situ. Salah satu cara bagaimana nak
bagi pelajar-pelajar ni rajin dan seronok belajar dengan ganjaran yang mereka
akan dapat. Mengajar di abad ini
memerlukan kreativiti guru. Guru yang
bagus ialah guru yang ifektif dan memberi kesan kepada anak murid mereka. Mengajar dari hati maka yang akan sampai pun
akan terus ke hati. Betul tak?
Masalah yang
berlaku sekarang ni ialah kebanyakkan guru tidak tahu teknik merangsang
pelajar. Begitu juga dengan ibubapa di
rumah. Sebagai ibu di rumah tidak semua
perkara kita tahu. Namun kita ada peluang
untuk membantu anak-anak di rumah semampu daya kita mengikut kemampuan
masing-masing. Salah satu cara bagaimana
merangsang anak-anak ialah dengan mengunakan alat teacher stamp ini di rumah.
Perasan tak ada
dikalangan ibu-ibu yang membelikan buku latihan khas untuk anak-anak di
rumah. Ianya diasingkan dengan buku
latihan sekolah. Saya sendiri membelikan
4 set buku untuk anak-anak bagi subjek utama sekolah sebab biasanya anak-anak
akan tegur saya kenapa ummi tanda pakai pen merah di buku latihan sekolah
mereka. Nanti cikgu marah dia
katanya. Sejak itu saya mengambil
alternatif membeli buku latihan yang berasingan supaya saya ada kuasa veto
untuk menanda betul atau salah buku latihan anak-anak. Maka sejak juga anak-anak saya tak merungut lagi.
Berkenaan dengan
harganya pula tidaklah mahal mana.
Dengan RM 11.00 sahaja ibu-ibu boleh dapatkan di kedai-kedai buku. Boleh dapatkan juga dalam pelbagai warna. Anak-anak di rumah pasti suka dan teruja.
PAPAN PUTIH A4
60/100
Teks:Niyda
Foto: Google
Papan putih
tajuk hari ini. Zaman dulu-dulu
dipanggil papan hitam ada. Papan hijau
pun ada. Papan hitam yang bersaiz besar
di sekolah. Hanya boleh digunakan oleh
guru-guru sahaja. Menulis menggunakan
kapur putih. Apabila hendak dipadam maka
berdebulah. Habis satu kelas dek penangan kapur tulis tadi. Sekarang pun masih ada penggunaannya di
sekolah. Namun di peringkat menengah
saya rasa penggunaan papan hitam atau hijau ini sudah hampir tiada.
Zaman berlalu
begitu cepat. Pasaran peralatan alat
bantuan mengajar untuk pelajar-pelajar semakin canggih. Dengan mudahnya ibu-ibu boleh dapatkan
peralatan sebegini. Lihat sahaja di
laman web jualan seperti Lazada. Banyak
yang tersedia. Pilih dan dan sediakan
sahaja wangnya.
Permintaan untuk
menggunakan papan putih beserta marker saya terima dari anak saya Wani. Sejak kelas bulan Januari 2017 lagi kedengaran permintaan untuk papan
putih ini disebut-sebut berulangkali.
Awal tahun banyak perkara yang perlu dibeli baru. Jadi kami set papan putih ini beli
lambat-lambat pun tak apa. Tapi macam
cacing kepanasan juga Si Wani menunggu untuk dapatkan papan putih ini dari
saya. Apabila sudah begitu, akhirnya saya belikan juga papan putih ini.
Mulanya saya tanya
juga anak saya mengapa perlukan papan putih ini di sekolah. Lalu anak saya jawab sebab cikgu yang suruh
untuk penggunaan subjek matematik di dalam kelas. Oh! Begitu rupanya. Baru saya faham. Dari situ saya mula melihat. Bagus juga penggunaan papan putih bersaiz A4
ini. Banyak kelebihannya. Antara yang dapat saya senaraikan di sini
ialah:
Pelajar akan
dapat membuat latih tubi tanpa menggunakan kertas yang banyak. Maka jimat kertas di situ.
Pelajar akan
dapat bersaing dengan pelajar yang lain siapa yang dapat menyiapkan jawapan
terlebih dahulu lalu mengangkat jawapan kepada guru di depan. Di sini natijahnya rasa yakin diri akan wujud
dalam diri murid-murid.
Kaedah ini akan
membuatkan pelajar akan berasa lebih seronok dan teruja untuk belajar.
Untuk penggunaan
di rumah pula saya lihat ia sangat bagus untuk latih tubi matematik bab tambah,
tolak,darab dan bahagi dalam bentuk lazim.
Kebiasaannya begitulah. Tak cukup
kertas nak buat latih tubi. Sudahnya
kena tunggu masa nak ke kedai untuk beli buku kotak atau kertas kosong. Ha bila
bercakap bab kertas ni keluar pula idea nak cerita tentang kertas warna. Satu keperluan anak-anak juga ni. Nanti ada masa lapang saya kongsikan pula bab
kertas warna ini.
Sekian sahaja
untuk bab white board. Nanti kita
borak-borak lagi. Saya mahu ke pusat
Internet sekejap. Mahu kemaskini entry
terbaru. Kak Mas dah tegur saya label
belum dimasukkan lagi dalam blog. Jadi
kenalah dengar cakap sifu kalau inginkan yang terbaik untuk diri. Salam sayang dari saya.
Bersama rapatkan
saf demi ummah.
BUKU SIFIR UNTUK SI CILIK
59/100
Teks:Niyda
Memandangkan bab
sifir ini selalu menjadi perbualan ibu-ibu hari ini. Maka saya keluarkan tajuk ini untuk hari
ini. Memang menjadi tekanan sebagai guru
tuisyen matematik apabila murid-murid tidak menguasai sifir. Walaupun pelajar baru darjah 2,3 dan 4 namun
tekanan itu sangat saya rasai.
Bila menyemak
kembali silibus sekolah untuk tahun ini, ibu-ibu harus tahu ye sukatan
pelajaran bab sifir ini sudah ada untuk darjah 2.
Menguasai sifir itu juga suatu seni. Seni yang harus dijaga antaranya ialah harus
tahu hukum nombor ganjil dan nombor genap.
Jika nombor tersebut nombor genap contohnya nombor 2 maka hasil sifir
yang terhasil pastilah nombor genap sahaja.
Tidak akan keluar nombor yang ganjil.
Bab yang itu murid-murid kena jelas secara asasnya. Namun untuk nombor ganjil akan ada juga hasil
darabnya nombor genap. Itu normal dan
pelajar harus berhati-hati. Contonhnya
nombor 3 darab 10 maka hasil darabnya adalah nombor 30 iaitu nombor genap.
Untuk memahirkan
pelajar-pelajar ini saya sarankan ibu-ibu harus bermula seusia 3 tahun
lagi. Rekod di sekolah anak saya iaitu
pelajar UPSR yang mendapat 6A
menunjukkan sejarah bahawa beliau telah menghafal sifir seawal 3 tahun
lagi. Bayangkan tuan puan tahap IQ yang
beliau perolehi. Saya tidak memaksa
ibu-ibu diluar sana namun jika mahukan keputusan yang cemerlang maka harus
bermula sekarang. Jangan tunggu esok dan
esok. Kerja bertangguh tak akan menjadi
orang kata. Itu orang kata ya. Bukan saya kata.
Bagi mendapatkan
buku sifir yang comel-comel mudah sahaja.
Pergi sahaja ke kedai buku yang berdekatan. Harganya pun tak mahal. Mampu milik orang kata. Dalam RM 1.50 pun dah dapat buku ini. Versi nota poket. Maka mudahlah anak-anak membawanya ke
mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.
Suka saya nak
ceritakan pada kalian di sana memandangkan saya dalam proses projek rintis
kelas sifir cara lama iaitu kaedah hafalan, kini Shafini pelajar saya yang
berusia 7 tahun sudahpun masuk ke hafalan sifir 6. Saya target sekurang-kurangnya beliau tamat
sebelum penghujung tahun ini. Apa yang
menariknya ibu Shafini nak cuba rangsangkan beliau supaya cepat habis hafal
sifir dengan cara memberi ganjaran dengan kelas Tea Kwan Do pula. Saya harap menjadilah perancangan ibu
Shafini itu nanti.
Dalam pada itu
apa yang saya buat dengan Shafini ialah setiap minggu iaitu pada petang hari
sabtu beliau akan datang ke rumah saya untuk saya check sampai tahap sifir
berapa sudah beliau menguasai sifir.
Kemudian saya akan tandakan dibahagaian atas halaman buku sifir beliau
supaya mudah saya mengingat berapa lamakah masa yang telah diambil beliau untuk
menghafal satu-satu sifir. Kerja keras
bersama ibu di rumah amat penting. Di
sinilah latih tubi bermula. Dalam
kereta, semasa nak tidur masa-masa senggang digunakan sebaiknya. Bagus juga cara ibu Shafini tu. Nak tunggu masa yang ideal memang tak
dapatlah sebab jadual Shafini penuh.
Baiklah saya
harap untuk entry kali ini ibu-ibu di luar sana mendapat sedikit ilham
bagaimana nak rangsang anak-anak dalam bab penguasaan sifir ini. Ini baru bab hafalan iaitu asas. Belum masuk lagi bahagian penulisan soalan
dalam bentuk lazim, soalan berbentuk ayat dan cerita dan seterusnya soalan
KBHAT. Banyak lagi langkah-langkah
seterusnya. Saya doakan kalian
berjaya. Amin.
MEMBACA BAHASA MELAYU: FOKUS DENGAN SEBUTAN
58/100
Teks: Niyda
Foto: Google
Malam tadi kami 4 beranak sibuk di
meja makan. Walaupun meja belajar sudah
ada. Namun saya dan anak-anak lebih
selesa belajar bersama di meja makan.
Keadaan meja makan yang besar dan lebar membolehkan capaian saya tidak
terhad. Saya lebih bebas memantau
aktiviti ulangkaji bersama anak-anak berbanding dengan menggunakan meja belajar
sendiri. Ialah 3 orang sekali gus. Mana mungkin saya dapat bergerak ke tiga
tempat dalam masa yang sama.
Maka meja makan kami saya hias cantik
dan bersih dari segala sisa makanan setiap kali ulangkaji. Saya hamparkan pelapik meja. Hampir setiap
2 atau tiga kali sehari saya akan basuh supaya meja makan kami nampak
selesa dan harmonis untuk sessi pembelajaran dengan anak-anak. Untuk meletakkan hidangan makanan saya
gunakan meja empat segi yang sudah sedia ada di rumah. Maka makanan tetap tersedia di situ. Cuma apabila mahu makan bersama barulah saya
alihkan ke meja makan utama.
Memandangkan anak-anak saya ini ada saja aktivitinya semasa ulangkaji
pelajaran ( contoh menggunting kertas atau mewarna) jadi pilihan saya ialah
meja makan.Senang, mudah dan strategik.
Baiklah orang pertama yang saya tuju
malam tadi ialah Wafirah. Berumur 4
tahun. Saya dalam proses untuk capai target supaya sekurang-kurangnya hujung
tahun ini Wafirah sudah boleh membaca suku kata yang mudah. Alhamdulillah anak yang ini jenis cepat
dapat. Dengan menggunakan teknik phonik
iaitu dengan sebutan, gerakkan mulut.
Sering berlaku di dalam kelas Bahasa Melayu, anak-anak yang kurang mahir
membaca akan membaca dengan nada yang perlahan dan sebutan yang tidak
jelas.
Terkini ramai pelajar di kalangan pelajar darjah 1
hingga 3 tidak boleh membaca dengan lancar.
Bukan sahaja di peringkat sekolah luar bandar. Malah sekolah dalam bandar pun ramai yang terjadi. Saya sedikit hairan bagaimana pelajar dalam
bandar pun boleh ketinggalan dalam bab bahasa.
Adakah ibu bapa di rumah kurang mengambil berat bab bacaan ini atau
tiada masa untuk berbual dan mengambil tahu tentang pelajaran anak-anak. Sibuk dengan telefon masing-masing.
Belajar bahasa memerlukan membaca,
mendengar dan menulis. Jika langkah
pertama iaitu mebaca tidak dipraktiskan dengan menggunakan suara yang lantang,
jelas, maka sudah pasti fokus untuk bab membaca itu akan gagal.Latih tubi
sangat diperlukan dalam bab ini.
Kebiasaannya jika murid sudah boleh menyebut suku kata yang mudah, maka
dalam tempoh dua bulan selepas itu dengan latih tubi yang berterusan selama dua
bulan pelajar tersebut akan dapat membaca
dengan lancar termasuklah yang bersifat diftong. Kes ini berlaku dengan pelajar saya iaitu
Nadim. Pelajar pra sekolah berumur 6
tahun. Masalahnya mudah sahaja. Boleh membaca tetapi tidak boleh menyebut
suku kata yang di tengah. Contoh
menari. Disebutnya meri. Diambil yang suku kata yang pertama dan
terakhir sahaja. Suku kata yang tengah
ditinggalkan. Jadi dengan latih tubi
membaca yang berterusan sahaja dapat menyelesaikan kes seperti ini. B
Begitu juga dengan halnya dengan
anak-anak yang ketinggalan dalam bab membaca peringkat darjah 1 hingga 3. Saya harap ibubapa di rumah kena tekan
gearlah ya. Silibus mereka tinggi. Jadi jika masalah yang asas ini tidak
diselesaikan dari awal, maka kesudahannya D atau E keputusan peperiksaan
mereka. Sudahlah tidak tahu membaca
bagaimana pula mahu menguasai teks kefahaman dan menjawab soalan. Bertabahlah ibu-ibu di rumah.
Monday, 18 September 2017
KOTAK PENSIL BERSIFIR
57/100
Teks:
Niyda
Foto: Google
Tadi saya cuba memasukkan benang ke dalam lubang jarum untuk menjahit seluar suami. Allahuakbar. Mula rasa diri sudah tua. Hampir tak nampak sudah lubang jarum yang dahulunya begitu senang untuk saya lakukan.
Begitulah
putaran kehidupan. Sehingga di suatu
masa akan tibanya masa kita dijemput Ilahi.
Begitu jugalah halnya dengan tajuk utama untuk petang ini iaitu kotak
pensil. Pelbagai rekaan kotak pensil
hadir dipasaran masa kini. Pilih sahaja
yang mana anak anda suka. Mudah sahaja
kalau cari web di Lazada juga.
Namun awas kotak
pensil terbaru yang ada di pasaran sekarang ini mempunyai panduan sifir sama ada
di dalamnya atau mempunyai kalkulator di atasnya.
Ada beberapa kelemahan yang
nampak di situ. Antaranya ialah:
- Pelajar akan malas untuk menghafal sifir
- Ditakuti waktu peperiksaan berlaku kes peniruan dari kotak pensil.
- Pelajar hanya bergantung kepada sifir yang berada di kotak pensil.
Pengalaman
mengajar anak-anak murid tahap 1 banyak memberi kesedaran kepada saya. Kebanyakkan pelajar masa kini dibenarkan
untuk melihat buku sifir ketika membuat latihan di dalam kelas di sekolah. Apabila ini berlaku, kemenjadian murid dalam
bab sifir sangat sukar. Silibus di
sekolah pada saat saya menulis ini menunjukkan darjah 2 sudah ada bab sifir.
Sifir mengambil masa yang agak lama untuk dikuasai. Cara dan teknik baru mungkin ada seperti
teknik Roya dan Adimatik. Cuma bagaimana
anak-anak dapat mempraktikkan dan menguasainya dalam pembelajaran atau tidak.
Saya masih
dengan cara lama. Saya yakin walaupun
teknik lama tetapi jika diusahakan dari peringkat awal kanak-kanak, insyaallah mereka akan dapat menguasai sifir
dengan jayanya. Maka masalah anak-anak
Melayu kurang cemerlang dalam subjek matematik akan dapat dikurangkan.
Kini saya juga dalam
projek rintis dengan cara lama berapa lama masakah yang diambil oleh seorang
pelajar untuk menghafal sifir?
Insyaallah apabila siap projek rintis saya ini, saya akan kongsikan di
dalam blog ini. Nantikan pengumumannya
ya!
Baiklah cukup
setakat ini sahaja dahulu buat kali ini.
Untuk ibu-ibu diluar sana pastikan anda mencuba untuk hafal sifir bagi
anak-anak sekalian. Jangan lupa hafal
sifir seawal umur tiga tahun. Usaha
kalian sangat dihargai. Sebagai guru
kami perlukan sokongan yang padu dari ibubapa dari rumah. Tanpa bantuan ibubapa mana mungkin
kecemerlangan anak-anak dapat diperolehi.
Sekian sahaja untuk kali ini.
Sehingga berjumpa lagi dilain entry. Sekian.
KAITAN SOLAT, AKHLAK DAN PELAJAR CEMERLANG
56/100
Teks:Niyda
Sudah seminggu juga saya tidak
menulis. Hati sentiasa berfikir
ligat. Mengapa dan apa punca anak-anak
seawall usia 11 tahun hingga 18 tahun boleh terlibat dengan punca kebakaran
tersebut. Dek kerana amarah dan dendam
membara nyawa manusia jadi taruhan.
Saya tidak mahu membincangkan tentang
mengapa gerigi besi dipasang di Pusat Tahfiz itu. Pastinya itu adalah untuk keselamatan
anak-anak Tahfiz itu. Apa yang ingin
saya fokuskan di sini ialah di mana akhlak anak-anak zaman sekarang. Di mana perginya tanggungjawab ibubapa. Sudah tidak tahu merotan anakkah apabila
mereka pulang lewat ke rumah? Atau sudah
tidak mahu ambil pusing ke mana anak mereka pergi sehingga ke pagi hari?
Allahhuakbar! Tuan-tuan dan
puan-puan. Anak itu tanggungjawab
kita. Selagi ia berada di bawah
pengawasan dan jagaan kita, jangan
pernah putus asa menasihati dan menasihati.
Penat? Memang penat tuan puan
puan. Mana mungkin untuk mendapat permata
yang mahal itu dengan harga yang murah.
Pastinya permata yang mahal itu sukar untuk mendapatkannya. Perlukan kekuatan mental.
Hari ini bila kita nak lihat bagaimana
anak-anak kita. Lihat ibubapanya.
Pepatah Melayu ada berkata, bapa borek anak rintik. Masih boleh diguna pakaikan pepatah ini tuan puan. Sedih dan pilu apabila mengenangkan situasi
ini. Apabila kita lihat ibubapa mereka
pula kita lihat pula masyarakatnya dan
apabila kita lihat masyarakatnya kita lihat pula pemimpin. Inilah cerminan dan gambaran masa depan kita
sebenarnya. Sedang menuju ke ambang
kejatuhan.
Saya menyeru untuk penulisan ke sekian
kalinya ini tuan puan. Mari jaga solat
anak-anak kita. Pesanan ini untuk diri
sendiri dan ingatan peribadi saya juga.
Anak-anak yang hendak kita didik ini biarlah cemerlang akademiknya
seiring dengan cemerlangnya akhlak dan sahsiahnya. Didik anak-anak kita supaya jaga solat walau
di mana. Sungguh iman itu tak dapat
diwarisi. Namun sekurang-kurangnya
didikan yang berterusan itu mampu memasakkan dalam fikiran dan jiwa anak-anak
kita mengapa perlunya solat. Solat tiang
agama. Tiada solat maka hancurlah
generasi kita akan datang.
Dalam pada itu juga pasakkan dalam
minda mereka pentingnya tanggungjawab kendiri.
Tanggungjawab untuk diri sendiri yang utama itu akan berbalik kepada
jaga solat. Apabila tanggungjawab untuk
solat ada ,maka sudah pasti akan timbul jati diri. Jati diri inilah yang akan membuahkan
kemenjadian murid. Iaitu murid sudah
tahu fokus hidup dan ada sasaran untuk ke akhirat. Maka yang lahir nanti pastinya anak-anak yang
jiwanya teguh,sukar dituntas dan
dipintas dengan anasir-anasir jahat.
Akhlak anak-anak akan lebih terjaga dengan sendirinya. Di sinilah pentingnya asas solat.
Oleh itu dalam panduan tuisyen kali
ini, suka saya ingin mengingatkan kalian di luar sana, memang kita inginkan
anak-anak yang cemerlang dalam pendidikan tetapi biarlah cemerlangnya dan
cerdiknya itu bertempat. Biarlah
kepandaiannya itu boleh membawa kebaikan kepada ummah sejagat. Biarlah kepandaiannya itu membawa seribu
rahmat untuk alam. Semoga Allah terus
memberi hidayah dan memperbetulkan niat kita dalam mendidik anak-anak kita
menjadi insan yang cemerlang dan terbilang dunia dan akhirat.
Rahmah Allah jua di mana-mana. Pasti ada hikmahnya.
Sekian.
Tuesday, 12 September 2017
TANAH LIAT
Entry: 55/100
Teks:Niyda
Foto: Google
Hari ini genaplah umurku yang ke 39 tahun. Satu tahun lagi cukuplah 40 tahun. Dah veteran. Terasa diri sudah dewasa. Semakin banyak perkara yang dipelajari. Pengalaman demi pengalaman mengajar erti hidup. Tujuan dan fokus hidup juga kini lebih terarah. Sekarang bukan hidup untuk berlawan dengan orang lain tetapi lebih kepada berlawan dengan tujuan hidup sendiri.
Hari ini genaplah umurku yang ke 39 tahun. Satu tahun lagi cukuplah 40 tahun. Dah veteran. Terasa diri sudah dewasa. Semakin banyak perkara yang dipelajari. Pengalaman demi pengalaman mengajar erti hidup. Tujuan dan fokus hidup juga kini lebih terarah. Sekarang bukan hidup untuk berlawan dengan orang lain tetapi lebih kepada berlawan dengan tujuan hidup sendiri.
Sangat sukar
untuk mengawal disiplin. Apatah bekerja
sendiri. Bila-bila masa boleh
bermalas-malasan. Itu cabaran bekerja
dari rumah atau bekerja sendiri.
Sokongan dari keluarga dan rakan-rakan amat diperlukan buat masa ini
agar apa yang ingin digapai dapat dicapai hendaknya. Amin..Insyaallah.
Tajuk yang ingin
dibincangkan di sini hari ini ialah tanah liat. Apa yang bagusnya dengan tanah liat
ini? Apakah kebaikkannya untuk anak-anak
kita? Sebenarnya apa yang saya lihat
trend terkini ramai anak-anak pada masa kini didedahkan dengan penggunaan tab
sejak kecil. Apabila anak-anak ini naik
ke sekolah Tadika mereka seakan tidak pandai atau tidak boleh memegang pensil
dengan betul. Ramai yang saya
perhatikan. Disebabkan jari-jari mereka
menjadi lembut, maka psikomotor mereka tidak dapat berfungsi dengan baik.
Di sinilah peranannya
penggunaan tanah liat bagi membiasakan psikomotor anak-anak ini. Anak-anak yang diberikan pendedahan dengan
penggunaan tanah liat yang berwarna warni ini akan lebih terangsang untuk minat
belajar di samping memperkemaskan psikomotor mereka.
Saranan saya
ialah mahirkan anak-anak kita di peringkat awal lagi. Ini sedikit sebanyak akan dapat membantu
mereka dalam bab memegang pensil dengan betul.
Memegang pensil dengan betul sangat penting kerana ia membantu anak-anak
kita menulis dengan kemas dan cantik.
Kegagalan mereka di peringkat awal akan membantutkan proses
pembelajaran.
Sekian sahaja
entry untuk kali ini. Sehingga berjumpa
lagi di lain masa.
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Pembayaran Kelas Membaca Bahasa Melayu Online One To One https://niydztotstrainingconsultancy.onpay.my/order/form/2 Pembayaran Kelas Membac...
-
72/100 Kelebihan biasanya akan berpihak kepada mereka yang membuat langkah bijak dan terawal. Dari itu mulakan persediaan awal untuk p...
-
Teks: Niyda Foto: Google Mengajar adalah suatu bidang yang menjadi kegemaran saya sejak kecil. Mengaj...
-
Entry 49/100 Teks:Niyda Foto:Google Kisah yang akan saya paparkan pada entry kali ini berkisarkan salah seorang pelajar saya. Nur A...