64/100
Teks:Niyda
Pisang
galla. Ini sinonim dengan makanan orang
Kelantan. Saya tidak tahu nama pisang
ini disebut di negeri lain.
Alhamdulillah malam semalam dapat menikmati acar pisang galla di rumah
bapa mentua. Hasil belian dari biras
saya. Dapatlah merasa. Menggamit kenangan sekitar zaman 90an di mana
ketika itu masih di sekolah menengah di Kelantan. Enaknya masih terasa. Manisnya kenangan pun turut sama berlari-lari
dalam ruang lingkup sejarah cinta monyet.
Ha..Ha..simbolik bukan!
Nah hari ini nak
cerita tentang prestasi pelajar tuisyen saya.
Kelas hari ini seperti biasa.
Cikgu Ida saya tugaskan untuk membantu bahagian yang agak berat sikit
hari ini. Iaitu fokus kepada menilai
prestasi hafalan sifir setiap pelajar untuk tahap 1. Pelajar paling lemah dalam kelas Nafis. Pelajar ini saya kira mempunyai tahap
penguasaan yang sangat lemah dalam matematik.
Dari segi menangkap maklumat juga turut sama.
Pada peringkat
awal kelas dulu suka termenung dalam kelas dan agak pasif dalam membuat latihan
dalam kelas. Oleh kerana beliau dalam
kategori pelajar yang sangat lemah, saya fokus sedikit untuk beliau. Alhamdulillah, dengan bantuan Allah S.W.T
tabiat suka temenung dan lambat dalam membuat kerja telah dapat dikikis hampir
90%.
Sebenarnya bagi
saya ini adalah berkenaan dengan tabiat.
Tabiat di sekolah dan di rumah.
Apabila di dalam kelas guru tidak memberi penumpuan, maka dengan
mudahnya pelajar kategori sebegini mencari peluang untuk melakukan perkara-perkara
yang tidak berkaitan contohnya berbual-bual dengan rakan lain di sebelah dan
sebagainya. Pantang alpa sedikit. Maka panjanglah bualan mereka. Saya kira percubaan saya berhasil dengan
membuatkan pelajar cepat menyiapkan latihan maka ganjarannya mereka diberi
rehat yang lama sedikit berbanding dengan rakan-rakan yang lain dan bebas untuk
membuat aktiviti lain asal sahaja tidak menganggu rakan-rakan yang lain.
Begitu juga di
rumah. Ibu-ibu cuba berikan sedikit masa
lebih kurang 15 minit untuk memantau aktiviti dan latihan di dalam buku
anak-anak. Sekurang-kurangnya kalau
tidak tahu untuk mengajar, cukup sekadar menjadi peneman anak-anak di ketika
itu. Anak-anak perlukan sokongan dan
dokongan dari segi sokongan moral dan jiwa beserta mental yang kuat dalam menghadapi
cabaran hari ini. Ketirisan dalam
memberi sokongan moral ini akan memberikan lompong-lompong kepada anak-anak ini
untuk mudah menjadi lemah dan tidak dapat berdikari.
Dalam pada itu
untuk lebih mudah, saranan saya ibu-ibu boleh dapatkan aplikasi Ilearnace. Aplikasi ini memberikan keseronokkan kepada
para pelajar contohnya apabila selesai membuat latih tubi dalam pembelajaran
matematik contohnya, pelajar akan dapat ganjaran melalui permainan yang
disediakan. Sekurang-kurangnya ia
memberi batu loncatan kepada peningkatan motivasi para pelajar khasnya.
Untuk lebih mudah, ibu-ibu boleh serach www.ilearnace.com untuk mendapatkan
kemudahan akses secara percuma selama seminggu untuk penggunaan percubaan
tersebut. Setelah selesai mencuba maka
jika ibu-ibu berminat untuk mendapatkan akses selama satu tahun, ibu-ibu boleh
hubungi saya melalui email berikut: chehasnidahamid@gmail.com
. Semoga serba sedikit perkongsian pada
kali ini memberi inspirasi kepada semua ibu-ibu bagaimana untuk membantu
anak-anak mereka. Ingatlah sedikit bagi
ibu tapi besar ertinya untuk anak-anak.
Pegang erat kata-kata ini. Semoga
Allah memberkati kalian semua. Insyaallah. Amin
No comments:
Post a Comment