Teks: Niyda
Foto: Google
Terharu sungguh hari ini. Hujan turun dengan secara tiba-tiba.Jam baru menunjukkan 5.30 petang. Anak murid cikgu berlari-lari anak masuk ke rumah. Saya kain baju dan menjerit meminta mereka tolong angkat kain cikgu yang bersidai diampaian. Saja cikgu nak test. Anak-anak murid cikgu berbangsa Cina ni nak tolong ke tak?
Haa… Sekali tu berderu dioarang ni melulu tolong cikgu angkat kain diampaian. Terharu tau cikgu! Hukhukhuk…Rupanya faham juga diorang ni yea. Kata ku dalam hati. Siap main passing-passing lagi. Iyelah kain berlambak di ampaian. Fahamlah saya…Anak murid cikgu ni dah faham Bahasa Melayu . Sudah faham arahan cikgu. Guna memek muka aje dah tau kan apa cikgu nak. Begitulah belajar Bahasa. Bukan sekadar buka kamus dan tengok kamus sahaja. Penggunaan memek muka dan intonasi suara juga amat penting tau!

Satu
sahaja tekad saya,biarlah satu hari nanti bangsa Cina dan bangsa Melayu boleh
berbaik-baik tanpa pra sangka. Dari
kecil ini kita latih mereka faham Bahasa Melayu. Bila mereka faham Bahasa Melayu, kepakatan,
kesefahaman, toleransi akan dapat disemai dan menjadi budaya. Maka sudah tentu suatu hari nanti tiada
perbalahan dan pertelingkahan.
Seringkali yang berlaku sekarang ini adalah salah faham. Sedikit sebanyak salah faham ini berpunca
dari kurangnya kefahaman dari penggunaan Bahasa Melayu itu sendiri kepada
penduduk berbangsa lain.
Maka
bersatulah bangsaku. Bersatulah kamu
dengan bangsa-bangsa yang lain. Untuk
apa kita bertelingkah yang tiada kesudahan.
Air mata darah sudah terpahat dalam sejarah. Jangan diulang kesilapan yang lalu. Mari kita
bina sejarah yang baru. Sejarah yang
lebih manis. Semoga Malaysia yang
tercinta akan lebih baik,lebih gemilang akan datang. Selamat menyambut hari kemerdekaan tahun ini!
Cikgu wish awal awal ni. Tengah semangat
membara!
Comments
Post a Comment