Monday, 14 August 2017

PELABURAN ILMU PELABURAN TERBAIK

Teks: Niyda
Foto:Koleksi peribadi

Bab nak cerita tentang pelaburan apa yang paling menguntungkan sebenarnya puan-puan.  Iye pelaburan ilmu untuk anak-anak.  Anak-anak adalah amanah Allah S.W.T. Memberi nafkah untuk anak adalah tanggungjawab si bapa.  Manakala memberi kasih sayang dan didikan  terletak di bahu ibu-ibu.  Iye lah suami  saya sendiri contohnya.  Pergi kerja balik kerja pergi kerja balik kerja.  Penat.  Ibu pun sama sudah pancit bila malam menjelma.   Sudahnya malam anak-anak mengadap tv memanjang. Mengaji ke mana belajar ke mana.

Satu hari apabila kakak Widad bawa balik keputusan peperiksaan darjah 2.  Saya tercengang keseorangan.  Matematik lulus.  Hanya dapat D…Subjek Saya kata dalam hati ni tak boleh jadi. Mak ayah ada ijazah. Mana boleh anak gagal dalam pelajaran matematik. 

Sejak itu.. saya cuba mencari ilmu.  Menadah dari ibu-ibu cemerlang yang lain.  Kalau ada rakan-rakan lain mempunyai anak yang cemerlang.  Saya pergi tanya mereka juga petua.  Dapatlah juga beberapa mutiara.  Saya pegang kejap.  Merenung masa silam.  Banyaknya beza saya dan mereka.  Terkedu saya.  Sesungguhnya untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang bukan mudah.  Perlu ada usaha dan semangat juang yang tinggi.

Selepas itu saya rajin-rajinkan diri ke sekolah waktu tengahhari.  Menghantar nasi untuk anak-anak.  Mereka saya tinggalkan di sekolah untuk sessi KAFA pula.  Sambil menunggu makan tengahhari anak-anak di sekolah, saya jumpa guru-guru yang lalu lalang di kantin bertanya khabar.  Sambal-sambil tu bertanya tentang prestasi sekolah anak saya.  Lama kelamaan kami menjadi rapat. 

Begitu juga hubungan dengan ibu-ibu lain.  Saya korek rahsia dari guru-guru.  Bagaimana para pelajar boleh skor dalam semua subjek.  Jawapannya mudah sahaja.  Belikan 4 set buku latihan untuk satu subjek.  Saya terkedu lagi.  Telan air liur lagi mendengarnya.  Ini bermakna berapa Ringgit Malaysia ummi kena keluarkan.  Kalau minta dengan abi.  Sudah tentu dia tak setuju.  Dalam diam saya pakai duit sendiri.  Duit mengajar tuisyen tu saya kumpul sikit-sikit dan beli pula buku-buku keperluan anak-anak.  Wah!  “Ini kena kerja keras ni lepas beli buku-buku ni”.  Kata saya dalam hati.  Tapi tak mengapalah.  Janji anak-anak saya berjaya.

Selain itu, dalam masa yang sama.  Selalulah saya singgah ke kedai buku Raub.  Meninjau buku-buku lain yang bersesuian dengan anak-anak saya.  Dapatlah saya sedikit panduan apakah bahan yang sesuai.  Ada juga saya meninjau peralatan lain yang boleh membantu menarik minat mereka.  Alhamdulillah diberi keizinan dan kelapangan masa oleh Allah S.W.T. Itu sudah satu rahmat buat saya setelah saya berhenti kerja dulu.

Di samping itu juga, ada juga saya menyertai  bengkel keibubapaan serta kursus untuk tutor yang dianjurkan oleh pihak perpustakaan dan syarikat swasta.  Ia sebenarnya banyak juga memberi manfaat di mana kami para ibu-ibu duduk berkongsi permasalahan dan berkongsi panduan bagaimana menguruskan anak-anak di rumah supaya bijak dalam pelajaran disamping mengetahui teknik-terkini dalam pengajaran.
Kesimpulannya, jangan takut melaburkan kewangan anda untuk pelajaran anak-anak.  Pelaburan dalam ilmu sebenarnya tidak rugi.  Dengan ilmu anak-anak akan terpelihara dunia akhirat.  Insyaallah.

Tuntutlah ilmu sehingga ke negeri China.

Teks: Niyda
01125452156






No comments:

Post a Comment

Pembayaran Kelas Membaca Bahasa Melayu Online One To One  https://niydztotstrainingconsultancy.onpay.my/order/form/2 Pembayaran Kelas Membac...