Semalam berbual dengan guru saya. Hampir sejam lamanya. Asalnya saya nak sharing tentang Ilearnace dengan isteri dia.
Bagusnya dia melayan saya walaupun dia dah level PHD. Bagus kan guru saya ni. Masa belajar ngan dia dulu saya sangat takut kalau masuk kelas dia. Menggeletar seluruh badan pun ada. Takut punya pasal. Maklumlah lecturer paling killer dialah masa tu.
Pernah dia buang assigmnt saya dalam tong sampah sebab saya hantar lewat beberapa minit dari tempoh masa yang ditetapkan. Saya hantar lewat sebab saya tertinggal bas dari rumah sewa nak ke kolej masa tu. Zaman diploma la katakan. Serba serbi kekurangan.
Disebabkan saya lewat hantar assigmnt tu saya gagal untuk subjek tu. Remuk redam hati saya masa tu. Adui sedih tak terkira.
Bila mengenangkan balik peristiwa tu lucu pun ada.Apesal saya takut sangat ngan dia. Huhu.
Semalam kami boleh aje bergelak ketawa dalam telefon. Sambil mengenang balik zaman-zaman kolej dulu. Berbincang isu-isu semasa dan bercerita tentang kawan-kawan lain.
Sebelum tu saya juga pernah call dia beberapa bulan yang lepas bertanya khabar dan saya sempat marah kat dia sebab sedih dan marah sangat kat dia sebab buang assigmnt saya tu dulu. Hui berani betul ye ko marah lecturer ko balik. Boleh pulak dia minta maaf balik kat saya. Saya insaf sekejap.
Itulah guru saya yang saya tak akan lupa.
Still humble.
Setiap kata-katanya.
Jelas.
Straight to the point.
Walaupun dah 20 tahun berlalu. Dia still ingat nama saya tu. Walaupun dah tutup separuh muka ni dia masih ingat yang sayalah orangnya yang menyebut bravo-bravo dalam pertandingan debat dulu tu.
Saya doakan beliau terus sukses dalam kerjaya beliau. Dilindungi sentiasa oleh Allah SWT dan terus memberi manfaat kepada anak bangsa.
Amin.
Terima kasih guruku.
Dr Rahim.
Saya niatkan dan sedekahkan setiap bacaan Alquran saya walaupun dalam terlupa untuk menyebut nama-nama guru saya pada setiap waktu dan ketika.