Setiap hari kita belajar dari orang lain.
Sebagai tutor saya juga belajar dari pelajar.
Kemahiran mendengar dan bertutur dengan anak-anak ADHD dan slow learner adalah suatu pengalaman yang subjektif untuk digambarkan. Bermula dengan tidak memahami patah butir perkataan anak-anak ADHD hari ini saya mula dapat mencerap apa yang mereka perkatakan.
Hanya dengan kesabaran semua liku-liku ini dapat di atasi dengan baik. Pernah juga satu ketika saya hampir putus asa. Tapi saya nekad sesuatu perkara jika diulang-ulang insyaallah akan dapat juga akhirnya. Ibarat belakang parang lagi di asah lagi tajam begitulah perumpamaan yang saya ingin gambarkan di sini.
Setiap perjalanan mengharungi situasi getir bersama anak-anak ADHD bolehlah saya perincikan seperti berikut:
1) Bermula dengan memahami rentak pelajar.
2)Beralih sedikit demi sedikit memasukkan sedikit sessi memberikan arahan dengan jelas.
3.) Gunakan soalan seperti soalan FAHAM?
atau JELAS?
4) Mengulang ulang apa yang diajar.
5) Berikan tanda penghargaan seperti
BAGUS!
GOOD JOB!
FANTASTIC!
6) Tegur dengan baik dan berhemah.
7) Usah marah atau menempik apabila ada kesalahan yang dilakukan.
8) Beri layanan seolah-olah seperti VIP.
9) Jangan lupa berdoa setiap kali memulakan sessi kelas agar dipermudahkan anak-anak ini dalam mendapatkan apa saja ilmu yang ingin disampaikan dengan jelas dan teratur.
10) Kongsikan dengan ibu bapa penjaga tentang status atau atau tahap prestasi anak-anak ADHD ini dari masa ke semasa supaya ibu bapa penjaga tahu tahap pembelajaran anak-anak mereka sekaligus dapat membantu tugas guru juga memantau anak-anak belajar di rumah sesama ketiadaan guru.
Usahlah sebaiknya dan sehabis mampu. Moga dengan usaha yang sedikit ini dapat memberi impak positif dalam komuniti kita. Insyaallah.
Aminn.