Semalam selesai sudah kelas online bersama-sama dengan anak-anak didik yang baru. Kelas sifir online saya adakan selama satu jam secara percuma sahaja sebagai mengisi waktu cuti sekolah. Alhamdulillah kelas berjalan dengan baik walaupun saya sedang berada di kampung.
Kadang-kadang talian terputus dek line yang tak berapa elok. Maklumlah di kampung pencawangnya agak jauh sedikit dari rumah bonda saya. Namun saya cekal teruskan juga menggunakan medium whatssup semaksima mungkin.
Beberapa perkara yang saya pelajari sepanjang kelas semalam. Antaranya:
KEKAL KONSISTEN BERI SOKONGAN
Untuk kekal konsisten dalam kelas, ibu-ibu perlu ada untuk beri sokongan kepada anak-anak. Kebanyakan yang menyertai semalam adalah dikalangan pelajar tahap 1. Jadi saya nampak di situ jika anak-anak tak cekap dalam membuat operasi tambah maka kesannya proses untuk mempelajari sifir adalah sukar.
Benar minat sudah ada. Tapi itu tidak mencukupi. Sekurang-kurangnya ibu-ibu sudah dapat tahu bagaimana nak bermula semula nanti ya. Saya tinggalkan sedikit kerja. Dah siap tampal di dinding bilik supaya mudah ingat sampai bila-bila.
FOKUS DI DALAM KELAS
Bukan nak marah tapi hanya teguran. Apabila belajar perlu tahu adab belajar ya. Semasa guru dihadapan screen, usahlah pula pusing sana pusing sini. Ada yang pandang belakang. Hormat guru di hadapan anda. Apabila mendengar...Dengarlah dengan tekun. Janganlah pula ada yang pausedkan kamera. Guru di depan anda. Sama juga istilahnya apabila belajar bersemuka. Tak gitu.
SIAPKAN LATIHAN YANG GURU BERI
Ada yang siapkan latihan dengan pantas. Ada juga yang siapkan lambat. Tapi boleh dimaafkan lagi. Namun apa jadi dengan yang tak siap-siap dan tak hantar latihan. Memanglah kelas percuma. Jangan ambil enteng ya. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Ha gitu...
Panjang betul cikgu bebel. Cikgu marah tandanya sayang.
Ok jumpa lagi di lain episod.ππ