Hari ini genap 43 tahun umur saya. Alhamdulillah Allah SWT masih beri nafas dan peluang untuk meneruskan kehidupan. Ya dari segi kerjaya saya hanyalah insan biasa. Sejak kelahiran anak kedua saya pada 2009 saya telah memilih untuk bekerja sendiri. Memberi laluan untuk berdikari dan menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga dan anak-anak.
Kerjaya suami saya sebagai kontraktor yang tidak tentu masa dan urusan politik beliau juga antara faktor yang menyebabkan saya memilih untuk bekerja sendiri. Anak-anak di depan mata dan semua urusan lebih mudah untuk saya selesaikan.
Bermula 2018 juga saya mula bekerja sepenuh masa dari rumah. Sudah hampir 4 tahun rupanya. Pandemik Covid 19 yang berlaku telah menukar cara semua orang bekerja. Termasuk juga saya. Segala urusan semuanya bertukar kepada bentuk digital. Kelas dalam talian melalui zoom dan google meet juga sedikit sebanyak membantu dalam proses tranformasi negara kepada era digital.
Tak dinafikan ada kebaikan dan keburukkan. Kita ambil yang jernih dan buang yang keruh. Ambil yang murni-murni sahaja. Selagi kita fokus kepada masalah ianya tak akan sampai ke mana. Fokus kepada penyelesaian. Iya penyelesaian yang tepat.
Ibu bapa masa kini ramai yang rasa risau begitu juga saya yang mana memikirkan bagaimana laluan kerjaya untuk anak-anak pada masa akan datang. Di bawah ini beberapa idea laluan kerjaya yang saya fikirkan sesuai untuk dijadikan panduan buat anak-anak yang berminat dalam bidang Sastera khususnya dalam subjek Bahasa Malaysia.
Saya pecahkan kepada 3 bahagian.
Kepakaran hasil dari membaca,menulis dan mengajar.
MEMBACA
Proof reader
Editor
Review buku
MENULIS
Penulis buku
Penulis ebook
Penulis upahan
Pengedar ebook affiliate
Pengedar buku digital
Pengedar website tuition online Ilearnace
( www.ilearnace.com)
MENGAJAR
Pensyarah
Guru
Guru tuisyen primary school
Guru Tuisyen Bahasa Malaysia
Guru Tuisyen Asas Membaca Bahasa Malaysia
Guru Tuisyen Perbualan Bahasa Malaysia
Tutor
Coach reader
Mungkin anda pembaca ada lagi idea yang mahu dimasukkan dalam senarai di atas. Jika kalian berkelapangan bolehlah tambah dibahagian komen ye. Saya sangat mengalu-alukan komen anda supaya kita akan dapat kembangkan lagi idea perkongsian ini.
Sekian saja catatan saya untuk kali ini.
Berjumpa lagi di lain masa. Terima kasih untuk ucapan selamat hari lahir dari kawan-kawan semua. Semoga hidup kita semua akan lebih diberkati dan sentiasa dalam rahmat Allah SWT selalu.
Salam sayang.