Skip to main content

Posts

Showing posts from 2017

TIDUR AWAL

75/100 Teks:Niyda Foto: Menonton rancangan hiburan memang amat mengasyikkan.  Kita sendiri pun akan turut terleka kadangkalanya.  Pada masa kini banyak rancangan-rancangan yang menarik di Astro.  Itu memang tidak dinafikan.  Menjadi kegilaan lagi apabila artis yang diminati berada dalam rancangan tv tersebut pada masa itu.  Terus melekat depan tv.  Dah sama naik ibu dan anak-anak.  Kadang-kadang anak yang siap-siap ingatkan pukul berapa, hari apa dan tajuk rancangan kegemaran ibu tersebut.  Hai lah anak.  Ibu pun turut teruja. Begitulah penangan hebat rancangan TV.  Kalau ikutkan memang tak akan habis.  Terus bersambung lepas satu-satu.  Perkara paling penting menjelang peperiksaan, ibubapa perlu tekankan ialah pastikan anak-anak tidur awal pada malam sebelum peperiksaan.  Jangan biarkan anak-anak anda leka dengan rancangan-rancangan yang dipertontonkan di televisyen.  Kalau boleh elakkan melihat TV.  Ibubapa pun perlu turut sama berdisiplin.  Konsep pengajaran melalui tel

TUMPUKAN PERHATIAN KEPADA GURU DALAM KELAS

73/100 TV Alhijrah memang menjadi kegemaran saya.  Dah lama juga pagi-pagi hari tak buka dan dengar TV Alhijrah.  Pagi ini berpeluang mendengar kisah bab aurat. Peringatan di pagi hari.  Insyaallah jika kita mahu yang baik maka yang akan datang juga perkara yang baik-baik.  Tak gitu.  Alhijrah tetap sentiasa dihatiku. Bercerita tentang bab penumpuan dalam kelas sering kali para pelajar ini hilang fokus.  Biasanya bila kawan-kawan sebelah di dalam kelas ajak berbual,mulalah yang  sorang lagi mengikut.  Tengah buat kerja sekolah pun begitu.  Ini penyakit yang serius bagi saya.  Pantang bagi cikgu tengok anak murid berbual dalam kelas.  Fokus ye adik-adik.  Habiskan kerja kamu dulu.  Baru boleh nak borak-borak. TUMPU KEPADA GURU DI HADAPAN Semasa berada di dalam kelas perkara lain yang amat penting ialah memberi penumpuan kepada apa yang diajarkan oleh guru.  Pelajar yang memberi penumpuan di dalam kelas akan dapat mengingat pelajaran tersebut dengan lebih lama.  Lihat wa

KELEBIHAN PERSEDIAAN AWAL UNTUK PEPERIKSAAN

72/100 Kelebihan biasanya akan berpihak kepada mereka yang membuat langkah bijak dan terawal.  Dari itu mulakan persediaan awal untuk peperiksaan yang bakal menjelma. Kelebihan yang dimaksudkan adalah seperti berikut: DAPAT ULANGKAJI SECARA BERPERINGKAT Pada permulaan anak pertama masuk darjah 2 saya  berpendapat tak mengapa tak ulangkaji awalpun walaupun anak-anak masih di peringkat  tahap 1.  Saya beranggapan silibus adalah senang dan mudah untuk dikuasai tanpa melihat silibus terkini sekolah.  Apabila Kakak Widaad mendapat keputusan akhir peperiksaan akhir tahun darjah 2, saya terperanjat gila.  Subjek Matematik kakak telah jatuh merudum dari A kepada D.  Saya berasa malu yang amat sangat.  Di mana silapnya.  Dari situ saya mula melihat silibus terkini untuk subjek Matematik darjah 2.  Rupa-rupanya sudah ada topik darab dan bahagi diperingkat tersebut. Sejak itu bermula awal tahun darjah 3 berikutnya, saya mula membuat latih tubi secara berperingkat-peringkat untuk dara

JANGAN TUNGGU SEHINGGA PEPERIKSAAN TIBA

71/100 TIPS PEPERIKSAAN 2: JANGAN TUNGGU SEHINGGA PEPERIKSAAN TIBA Dulu-dulu zaman belajar di UUM selalunya saya ini suka ulangkaji di akhir-akhir waktu.  Biasanya dua minggu nak mengadap peperiksaan barulah saya serius.  Sebenarnya itu salah ye!  Jangan ikut cara saya tadi.  Kesannya mulalah malam tak cukup tidur.  Muka sembab sebab berjaga malam.  Esok pagi mulalah bangun lambat dan berebut bilik air dengan rakan-rakan yang lain.  Hahahaha.  Itu semua kenangan. DAPATKAN INFO DARI GROUP WASSUP PIBG SEKOLAH Kalian boleh pasang strategi dari awal untuk anak-anak.  Berbaik-baikla h dengan pihak Persatuan Ibubapa dan Guru Sekolah contohnya menyertai group wassup ahli jawatankuasa PIBG sekolah.  Dapatkan info terkini bilakah tarikh peperiksaan anak-anak kalian.  Biasanya dalam group tersebut ibu-ibu akan dapat maklumat lebih cepat dari cara biasa iaitu mendapat surat dari pihak pengurusan sekolah.  Iye lah surat lambat sikit kan! Mahu dua atau tiga hari baru sampai ke tangan

PEMAKANAN KESIHATAN YANG BAIK UNTUK PELAJAR

70/100 Teks:Niyda Foto: Pemakanan kesihatan yang baik untuk pelajar Melewati usia empat puluhan ini, terasa benar dikala letihnya.  Saban hari bertarung dengan keringat.  Walaupun kehidupan sebagai surirumah adalah biasa-biasa sahaja tetapi berkejaran dengan tugasan-tugasan dapur,rutin harian sebagai penulis dan mengajar tuisyen serta menghantar dan mengambil anak ke sekolah memerlukan disiplin yang tinggi.  Mata dan hati perlu peka dengan masa.  Pengurusan masa yang terancang amat perlu.  Jika tidak dijaga, terbabaslah akhirnya.  Hahaha. Mengenang kisah zaman silam, dalam bab pantang semasa belajar sering saya diingatkan oleh ibu saudara saya.  Orang belajar mengaji ini pantangnya tak boleh makan makanan yang ada semut.  Nanti cepat lupa katanya.  Dalam pada itu juga kami dilarang sama sekali makan organ dalaman.  Contohnya hati ayam, limpa,perut dan seumpamanya.  Tapi itulah bila sudah berkahwin ini, segala pantang larang itu seakan semakin terhakis.  Begitu juga denga

ADAB MENUNTUT ILMU

69/100 Teks:Niyda Foto: Petang ini hujan membasahi bumi. Bahang panas terasa sejak azan asar tadi. Namun mula surut sekitar jam 6.00 petang. Kalau dulu-dulu jam 5.00 petang sudah surut panasnya.  Kini jam 5.00 petang masih ada di dalam rumah. Panas belum berkurang.  Syukur alhamdulillah.  Hujan tiba juga.  Mohon doa.  Insyaallah mustajab. Melihat perkembangan anak-anak didik dari bangsa Cina, syukur sudah ada peningkatan.  Walaupun berlainan bahasa dan budaya, tetapi itu tidak mematahkan semangat  juang saya.  Kim contohnya ( darjah 3 dan bukan nama sebenar) sudah boleh membaca dengan agak baik berbanding semasa kelas pertama.  Begitu juga dengan Jhai( bukan nama sebenar).  Sudah ada perubahan.  Namun dalam pada itu adab-adab belajar masih kurang. Ini yang ingin saya tekankan di sini. ADAB DENGAN GURU Adab dengan guru yang pertama tidak meninggikan suara.  Tak usah berbohong dengan guru.  Jika seorang guru sudah patah hati,maka hilanglah barakah kepada anak muridnya.

KUASAI SUBJEK LEMAH

 KUASAI SUBJEK YANG LEMAH Hujan membasahi bumi malam ini.  Anak-anak saya masih belum pulang.  Sepetang berjalan bersama Aki ke Genting katanya.  Jarang-jarang dapat berjalan jauh.  Saya lepaskan juga kali ini.  Maka kelas Tea Kwan do tak dapatlah pergi hari ini.  Kini sudahpun masuk ke bulan Oktober. Pertengahan bulan depan akan bermulalah peperiksaan akhir tahun.  Strategi untuk menghadapi peperiksaan perlu di atur dari sekarang.  Ibu-ibu di rumah juga mungkin sudah maklum tentang hal ini.  Bulan November bulan peperiksaan.  Maka bulan Oktober adalah bulan persediaan. Bersesuaian dengan tajuk hari ini, saya nak kongsikan dengan ibu-ibu diluar sana apakah keperluan atau strategi ibu-ibu untuk anak apabila menanti saat ketibaan hari peperiksaan tiba.  Di sini saya gariskan beberapa tips mudah yang mana mungkin ia boleh membantu anak-anak di rumah. SATU SUBJEK PERLU 4 BUKU LATIHAN Pada suatu ketika dulu saya pernah berbual dengan seorang guru di pekan Benta ini.  Apakah strat

RAIKAN KEJAYAAN KECIL

TEKS: NIYDA Foto: Ikan tongkol masak singgang.  Sedap juga dimakan bersama budu.  Orang lalu belakang pun tak tengok dah.  Tambah pula ada ulam-ulaman. Hmm sedapnya ya Allah!  Saya kira peminat-peminat ikan tongkol atau disebut juga oleh orang tua-tua ikan aya ramai di sini.  Arwah abah memang suka ikan tongkol ni.  Nak nak kalau direbus dengan asam keping kemudian diangkat, toskan dan digoreng.  Sangat terasa kelazatannya.  Walaupun resepi biasa-biasa sahaja dan  amat ringkas tetapi amat menyuntik rasa selera apabila dimakan bersama nasi panas. Kadang-kadang yang orang anggap itu biasa-biasa namun sangat istimewa bagi kita.  Begitu juga dengan orang lain, kadang-kadang mereka anggap istimewa tentang sesuatu itu, tetapi bagi kita biasa-biasa sahaja.  Itulah lumrah alam.  Oleh sebab itu amat perlu untuk menghargai perbezaan supaya kasih sayang dan hormat menghormati dapat disemai dan dipupuk.  Hargai perbezaan itu kerana perbezaan itulah yang mewarnai dunia kita. Begitu

FASA SIFIR

65/100 TEKS: Niyda Foto: Hari ini setelah menghantar nasi untuk makan tengahhari kakak Wani di sekolah, saya terus ke Dewan Jerkoh.  Khabarnya ada jualan baju bundle di sana.  Ramai kawan-kawan yang bercerita banyak juga barangan seperti cadar, kain langsir, beg dan beberapa barangan terpakai dijual di sana.  Saya sebenarnya bukanlah tertarik sangat dengan baju bundle ini walaupun dalam kategori hidup sederhana dan cukup-cukup sahaja.  Apa yang menjadi kerunsingan ialah apabila memakai pakaian sebegini ditakuti akan terkena penyakit kulit seperti gatal-gatal dan sebagainya.  Dikhabarkan barangan yang sampai itu dari Korea.  Untuk rakan-rakan diluar sana berhati-hatilah.  Jangan sampai memudharatkan.  Benar kita ingin berjimat cermat tapi jangan sampai ianya memberi kesan negatif kepada kesihatan kita pula.  Maklumlah macam-macam sekarang ini modus operandi orang luar. Baiklah untuk catatan kali ini, suka nak kongsikan tentang fasa sifir yang perlu dikuasai oleh anak-anak d

LATIH TUBI BERKUMPULAN

67/100 TEKS;NIYDA FOTO:Google Pagi ini cuaca cerah.  Selesai menguruskan hal rumah dan menyiram bunga-bunga di luar rumah saya ke sudut ruang rumah di belakang.  Tempat Saang Kura-Kura bertapa.  Cepat saja Si Manja saya ni melompat bila kedengaran saya berada di situ.  Fahamlah saya yang ia minta makanan untuk pagi ini.  Begitulah hubungan dengan haiwan.  Apabila kita sentiasa mendekati mereka, mereka juga dah kenal kita.  Si Boboy dan Si Che Ta pun begitu.  Kucing kesayangan kami sekeluarga.  Sangat mesra dan mudah didekati sejak kecil lagi dan apa yang lebih menarik lagi pernah juga Si Che Ta tertidur di atas lengan saya. Hehehe. Bab latih tubi sifir berkumpulan ini sebenarnya sangat bagus untuk anak-anak.  Apabila anak-anak berada dalam kumpulan yang kecil sebenarnya mereka lebih seronok untuk belajar dan bersemangat.  Saya lihat ada perubahan ketara di situ.  Anak-anak saya sendiri pun ,bila lihat ada orang datang ke rumah, tak kiralah dari anak-anak cina sekalipun.  P

PAKEJ ILEARNACE

Terdapat 3 Pakej yang disediakan : 1. Pakej Pelajar 180 2. Pakej Pelajar 365 3. Pakej Guru 365  P AKEJ PELAJAR 180 PAKEJ PELAJAR 365  PAKEJ GURU 365  Berikut ialah subjek yang terdpat di dalam i-LearnACE

FAKTA MENARIK ILEARNACE

RM1 sehari untuk membantu anak meningkatkan prestasi pembelajaran mereka. Didatangkan dengan FREE TRIAL selama 7 hari, anak anda boleh melihat dan merasai sendiri software tersebut. Sekolah Menengah dan juga pelajar-pelajar Sekolah Rendah 100% mengandungi silibus terkini mengikut Kementerian Pendidikan Malaysia OFFLINE dan ONLINE Laporan prestasi anak dihantar melalui emel kepada ibu bapa Boleh membina Peta Minda dan boleh dicetak sebagai rujukan Sistem pembelajaran yang interaktif, menyeronokan untuk belajar Pemantauan secara terus dari ibubapa. - anak pergi sekolah/tuisyen, ibubapa akan dapat perkembangan pembelajaran melalui exam pada peringkat sekolah(bulan 3,pertengahan tahun,bulan 8/9, dan peperiksaan hujung tahun). Dengan ILEARNACE, result latih tubi yang dibuat akan di email kepada ibubapa. Ibubapa dapat mengenalpasti kelemahan pembelajaran anak melalui keputusan yang di email secara terperinci. Pembelajaran menggunakan sistem ILEARNACE tidak perlu lagi membeli buku

APA ITU ILEARNACE?

📘Platform Pembelajaran Digital Bersepadu dipasarkan oleh MindTech Education Sdn Bhd (Anak Syarikat Milik Penuh Kumpulan Sasbadi) (www.mindtechedu.com). 📗100% Siilibus Sekolah Kebangsaan KSSR / KBSM / KSSM dan PBS 📙Ulangkaji bukan saja dapat dijalankan secara online tetapi secara offline dgn Aplikasi Mudah Alih i-Learn Ace. 📔Interaksi antara akaun Murid, Guru dan IbuBapa dapat dicapai dengan cekap menggunakan satu platform pendidikan yg sama. 📚Menyediakan penilaian yg amat komprehensif. Praktis Objektif, Praktis Subjektif, Tugasan, Lembaran Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), Ujian Lisan dan Kertas Percubaan UPSR/PT3/SPM. 📓Harga pakej yg amat berpatutan dengan kadar kurang daripada RM1 sehari. 📚Isi kandungan soalan dan nota dimuatnaik oleh Sasbadi Online Sdn Bhd. DINAMIK, CANGGIH, MENYERONOKKAN, LEBIH BERKESAN Produk unggul daripada jenama pendidikan yg diyakini generasi ke generasi. I-Learn Ace mengandungi: 📚Fungsi Nota 📚Fungsi Kemajuan 📚Fungsi Video Tutorial 📚Fungsi Mind

FUNGSI ILEARNACE

68/100 📚 Fungsi Nota 1. Mengandungi nota padat yang menepati topik subjek oleh Kementerian Pendidikan Malaysia 2. Guru iLA boleh memberikan anak kita nota tambahan bergantung kepada tahap kefahaman sesetiap topik 📚 Fungsi Sticky note Selalunya kita lihat banyak sticky note ditampalkan di nota-nota atau di meja bacaan anak. Fungsi ini juga ada dalam iLA 1. Murid boleh mencatat nota pendek sebagai panduan ketika membaca nota. Ia boleh dalam bentuk teks, imej dan video 2. Guru juga boleh menggunakan sticky note ini sama seperti murid malah yang HEBATNYA guru boleh kongsi sticky note kepada murid dalam kelas mayanya! 📚 Fungsi Mind Map 1. Kaedah belajar bermula dengan membaca nota. Tujuan membaca adalah untuk kita memahami apa yang kita baca. Melalui portal ini, anak-anak boleh berkongsi kefahaman mereka dengan membina peta minda dan boleh juga berkongsi bersama komuniti pelajar iLA 2. Guru iLA juga boleh memberi tugasan peta minda kepada murid iLA melalui kelas maya masing-masing bagi

TIGA JENIS AKAUN DALAM ILEARNACE

67/100 💚 Apa itu " i-Learn Ace"? i-Learn Ace ialah portal pengajaran dan pembelajaran interaktif online dan offline 💚 Syarikat mana yang bina portal i-Learn Ace? i-Learn Ace dibangunkan oleh Sasbadi Online Sdn Bhd dan dipasarkan oleh Mindtech Education Sdn Bhd anak syarikat milik penuh penerbit buku pendidikan terbesar di Malaysia iaitu Sasbadi Holdings Berhad 💚 i-Learn Ace dibangunkan untuk siapa? a) Untuk guru-guru SK, SJKC dan SMK  b) Murid sekolah bermula tahun 4 sehingga tingkatan 5  ðŸ’š Berapakah jenis akaun yang terdapat dalam portal i-Learn Ace? -Tiga jenis akaun:    1. Akaun guru    2. Akaun murid    3. Akaun ibubapa (percuma bila langgan untuk anak)

FASA SIFIR

65/100 TEKS: Niyda Foto:  Google Hari ini setelah menghantar nasi untuk makan tengahhari kakak Wani di sekolah, saya terus ke Dewan Jerkoh.  Khabarnya ada jualan baju bundle di sana.  Ramai kawan-kawan yang bercerita banyak juga barangan seperti cadar, kain langsir, beg dan beberapa barangan terpakai dijual di sana.  Saya sebenarnya bukanlah tertarik sangat dengan baju bundle ini walaupun dalam kategori hidup sederhana dan cukup-cukup sahaja.  Apa yang menjadi kerunsingan ialah apabila memakai pakaian sebegini ditakuti akan terkena penyakit kulit seperti gatal-gatal dan sebagainya.  Dikhabarkan barangan yang sampai itu dari Korea.  Untuk rakan-rakan diluar sana berhati-hatilah.  Jangan sampai memudharatkan.  Benar kita ingin berjimat cermat tapi jangan sampai ianya memberi kesan negatif kepada kesihatan kita pula.  Maklumlah macam-macam sekarang ini modus operandi orang luar. Baiklah untuk catatan kali ini, suka nak kongsikan tentang fasa sifir yang perlu dikuasai oleh

CERITA TENTANG PELAJAR DAN SIFIR

64/100 Teks:Niyda Foto: Google Pisang galla.  Ini sinonim dengan makanan orang Kelantan.  Saya tidak tahu nama pisang ini disebut di negeri lain.  Alhamdulillah malam semalam dapat menikmati acar pisang galla di rumah bapa mentua.  Hasil belian dari biras saya.  Dapatlah merasa.  Menggamit kenangan sekitar zaman 90an di mana ketika itu masih di sekolah menengah di Kelantan.  Enaknya masih terasa.  Manisnya kenangan pun turut sama berlari-lari dalam ruang lingkup sejarah cinta monyet.  Ha..Ha..simbolik bukan! Nah hari ini nak cerita tentang prestasi pelajar tuisyen saya.  Kelas hari ini seperti biasa.  Cikgu Ida saya tugaskan untuk membantu bahagian yang agak berat sikit hari ini.  Iaitu fokus kepada menilai prestasi hafalan sifir setiap pelajar untuk tahap 1.  Pelajar paling lemah dalam kelas Nafis.  Pelajar ini saya kira mempunyai tahap penguasaan yang sangat lemah dalam matematik.  Dari segi menangkap maklumat juga turut sama.  Pada peringkat awal kelas dulu suka